Resepi Bihun Goreng Kari Singapura Lain Macam Sedap
Resepi kali ini adalah resepi paling sesuai untuk sarapan pagi kerana rasanya yang sedap dan penyediaannya yang lebih mudah. Resepi bihun goreng mempunyai banyak versi dan perkongsian kali ini ialah bihun goreng kari Singapura. Bahan-bahan digunakan tidak banyak berbeza berbanding bihun goreng biasa cuma tekniknya sahaja berbeza. Pengunaan serbuk kari dan serbuk kunyit memberi rasa yang lebih sefdap terutama bagi peminat masakan berasaskan kari ini. Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang digunakan
Bahan-bahan
- ½ peket bihun ( rendam)
- 10 ekor udang segar buang kulit kalau suka
- 2 keping dada ayam atau fishcake (kalau suka) hiris
- 2 biji telur
- 1 batang lobak merah
- 1/2 biji sayur kobis
- Tauge dan sawi ( kalau suka)
- 1 biji bawang holland
- 1 biji cili benggala merah dan hijau ( kalau suka, saya tak letak)
- 3 ulas bawang kecil hiris
- 3 ulas bawang putih hiris
- 2 tbsp serbuk kari daging
- 1 tsp serbuk kunyit
- *Kicap sedikit
- *Sos ikan
- * sukatanmengikut anggaran sendiri
Kaedah
- Mula-mula rendam bihun dengan air suam, dah lembut segera toskan.
- Dalam kuali panas tumis telur dan kacau jadi telur hancur dan alihkan.
- Kemudian goreng pula ayam, udang dan fishcake kalau ada dan alihkan.
- Tumiskan pula bawang holland dan cili benggala dan alihkan.
- Akhir sekali barulah tumiskan bawang kecil dan juga bawang putih.
- Bila dan naik bau masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit, kacau sebati.
- Masukkan bihun dan semua bahan yang telah digoreng awal tadi.
- Tambah sedikit garam, kicap cair, sos ikan dan kicap manis kalau suka.
- Goreng dan gaul hingga semua bahan sebati.
- Siap!
Bihun ini tidak menggunakan garam yang banyak kerana ia menggunakan kicap jadi ia perlu disukat dengan baik supaya tak terlalu masin. Jadi jika anda tiada idea untuk menu sarapan pagi anda apakata cuba resepi ini. Resepi ini sesuai jika hidangan untuk 2 atau 3 orang kerana tekniknya tu sesuai untuk masakan panas dan cepat. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.