Resepi Big Breakfast Confrim Kenyang Sampai Tengahari
Resepi kali ini merupakan sejenis resepi sarapan pagi yang diinspirasikan daripada sarapan pagi di restoran makan Segera McDonald’s. Big breakfast adalah hidangan yang dilengkapi dengan beberapa hidangan yang digabungkan dalam satu hidangan. Antara hidangan itu ialah sosej, telur hancur, roti bakar dan juga salad.
Dalam perkongsian kali ini kita akan tunjukan cara untuk menghidangkan big breakfast yang boleh anda cuba sebagai hidangan untuk keluarga anda. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 3 sudu besar mayonis
- ½ tsp serbuk lada sulah
- Garam
- 1 sudu susu
- Bancuh telur bersama semua bahan dan kocok guna garfu supaya sebati semuanya.
- Didalam kuali tambah sedikit minyak masak dan tuang bancuhan telur tadi.
- Apabila telur mulai masak kacau segera supaya ia masak sekata dan tidak kering.
- Ketepikan.
- Sosej 2 batang
- Rebus sosej beberapa minit, ketepikan.
- Roti jagung
- Bakar mengguna toaster
- Sapu butter jika suka, ketepikan
- Sayur salad (basuh dan toskan)
- Penyediaan Big Breakfast
- Didalam pinggan besar, tambah tekur hancur, sosej,roti dan daun salad.
- Siap!
Hidangan seperti mampu membuat perut kenyang kerana ia lengkap dengan segala yang diperlukan untuk tenaga seperti roti yang mempunyai karbo, sosej yang mempunyai protein begitu juga telur manakala sayur salad mempunyai serat. Sedap dan cepat anda harus cuba sendiri resepi ini, selamat mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.