Resepi Berry Bang Avocado Smoothie Sedap Syiok Minum

Resepi berikut ini adalah resepi minuman smoothie yang biasanya didapati dikiosk-kiosk dipasaraya. Smoothie ini menggunakan buah strawberi, blueberi dan juga avocado. Bahan-bahan yang digunakan ini sangat mesra bagi pesakit diabetes kerana selain dari tinggi nutrisi ia juga dipercayai tidak akan menaikkan paras gula dalam badan.

Avocado akan menjadikan smoothie ini lebih berkrim dan sangat sedap, baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 biji buah strawberi 
  • 10 biji buah blueberi
  • 1 tsp jus lemon
  • ½ biji buah avocado 
  • 200ml susu almond
  • 2 titis stevia drop.

Kaedah

  • Kisar semua bahan
  • Sedia untuk dihidang.

Smoothie ini mempunyai rasa yang masam-masam manis dan berlemak kerana penggunaan avocado. Avocado sangat baik kerana mengandungi lemak sihat dan ianya boleh mengenyangkan perut anda, hidangan ini juga sesuai bagi pengamal intermettent fasting. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain