10 Resepi Ikan Bawal Rugi Tak Cuba Sebab Semua Sedap

Kalau anda mencari resepi ikan bawal, anda memang berada di tempat yang betul. Resepi kali ini kami nak berkongsikan dengan anda resepi ikan bawal. Ikan bawal ada dua jenis bawal emas dan bawal hitam. Selalunya yang bawal emas akan mahal sikit berbanding bawal hitam. Isi ikan bawal memang rasa manis dan sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan.

Kali ini jika anda mencari resepi ikan bawal, anda wajib artikel perkongsian resepi ikan bawal ini sampai habis. Mana tahu dah ada idea untuk nak masak pada keesokan hari kan?

Resepi Bawal Masam Manis Pedas

Resepi ini memang merupakan lauk wajib dimasak bersama ikan bawal. Masak masam manis pedas ini memang tak disangkal lagi keenakannya. Resepi ini dari Ida Zairi.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal garam kunyit kan & goreng

Bahan A (Kisar)

  • 1 biji bwg besar
  • 4 ulas bwg putih
  • 1/2 inci halia

Bahan B

  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Daun sup & daun bwg
  • Bwg besar potong bulat
  • Sedikit garam & gula

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan A guna minyak goreng ikan, dah wangi dan garing masuk cili kisar, masak dulu smpai pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili & tomato, biar mendidih masukkan air ikut kepekatan kuah yang kita nak. Masuk bawang besar & perasakan.
  3. Masukkan ikan tabur daun sup dan daun bawang. Siap.

Resepi Kari Ikan Bawal

Untuk penggemar kari, ikan bawal memang sedap dimasak dengan kari. Boleh buat nak kuah pekat atau tidak. Resepi oleh Siti Fatimah.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal (seekor potong 5 ketul)
  • Rempah babas ikan sebungkus
  • 1 mangkok soya air asam jawa
  • Sedikit santan
  • Garam, pati ayam knoss(1)
  • Bwg kecik 4ulas
  • Bwg putih 3 ulas
  • Jintan putih satu sudu kecil (semua d atas tumbuk ya)

Bahan tumis

  • Sedikit daun kari
  • Bwg kecil 3 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Halba campur (semua di atas hiris nipis)

Bahan hiasan

  • Bendi 6 biji
  • Cili hijau 2 biji (belah 2)
  • Tomato 1 biji besar potong 8
  • Sedikit daun bwg

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan-bahan yang di hiris tadi.
  2. Kemudian masukkan rempah yang di campur dengan bahan tumbuk bersama sedikit air.
  3. Masak bagi pecah minyak kemudian masukkan air asam jawacsedikit santan, garam dengan pati ayam masak bagi mendidih masukkan ikan bawal masak dalam 5 min.
  4. Masukkan bahan hiasan bendi, cili hijau dan daun bawang. Masak 5 minit dan tutup api.

Resepi Ikan Bawal Emas Steam Halia

Kalau anda sedang berdiet dan mencari menu yang sesuai, anda boleh pertimbangkan untuk mencuba resepi ikan bawal steam halia ini. Halia juga banyak kebaikan untuk badan kita. Resepi sihat ini dari BellaNasz Nasz.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan bawal emas
  • 2 inci halia muda (potong memanjang)
  • 5 ulas bwg putih (cincang halus)
  • 1 batang serai (potong serong)
  • 1 tangkai daun bawang (hiris halus)
  • Sedikit Lada sulah
  • Sedikit garam
  • 2 sb minyak masak
  • Sedikit minyak bijan
  • 4 biji cili padi (hiris halus)

Bahan sos

  • 10 Sudu Besar KICAP MANIS JALEN
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar stok ayam / 1 ketul kiub ayam
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap thai ikan

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ikan dan keringkan.Kelar dan lumur lada sulah dan sedikit garam di luar dan dalam ikan.
  2. Letak serai dan batang daun bawang serta halia ,dlm perut ikan.
  3. Panaskan kukusan sehingga mendidih. Taburkan halia bersama ikan dan kukus ikan sehingga ikan masak.
  4. Sementara itu, Panaskan minyak dan tumis bawang putih, dan masukkan kicap beserta stok ayam, masukkan air, serta semua bahan yang di sedia kan tadi dah mendidih boleh tutup api.
  5. Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur daun bawang, cili , bawang putih yang telah di goreng ,halia dan perahan limau nipis, renjiskan sedikit minyak bijan, Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Bawal Masak Halia

Kalau tadi masak halia versi kukus, kalau anda suka yang bergoreng, ikan halia goreng masak halia juga sedap. Boleh buang angin kalau banyak makan halia. Resepi oleh Siti Khodijah.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal goreng, bubuh garam dan serbuk kunyit
  • Bawang besar hiris panjang-panjang
  • Bawang putih
  • Halia terpulang nak banyak mana, potong mancis
  • Cili padi bubuh nak pedas mana
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam dan gula
  • Air kalau nak berkuah
  • Minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  2. Rasa pekat boleh tambah air. Akhir sekali masukkan ikan dan cili padi. Siap!

Resepi Ikan Bawal Percik Putih Kelantan Style

Orang Kelantan memang dikenali dengan percik kuah putih. Resepi dari Yayar B. Awang Noh ini menggunakan ikan bawal dalam masakan percik kuah putih ini.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal sekor diperap menggunakan kisaran halia dan bawang putih serta tepung beras

Bahan kuah putih

  • 1 sudu lada hitam ditumbuk terlebih dahulu
  • 3 btang serai diketuk
  • Bawang besar 3 labu
  • Bawang putih 3.ulas
  • Sedikit halia
  • Santan kara 200ml

Cara Penyediaan

Ikan

  1. Ikan digoreng sehingga agak garing.

Kuah

  1. Tumiskan bahan kisar masukkan serai dan satu keping asam keping.
  2. Kacau sehingga agak masak dan pekat. Masukkan santan.
  3. Perasakan dengan garam ajinomoto dan gula.
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng kedalam kuah dengan api yang perlahan.
  5. Dah siap.

Resepi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap

Lauk ini sesuai jika dihidangkan untuk anak-anak. Kalau nak pedas titik sikit cili padi. Resepi mudah dari Che Wanie.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal hitam 1 ekor
  • Bawang merah 2 biji kecik
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia stgh inci
  • Kicap manis ABC
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar

Cara Penyediaan

  1. ikan buh garam kunyit goreng mcm biasa ketepikan.
  2. Tumbuk bawang merah, putih dan halia.
  3. Tumis sampai garing.
  4. Nasukkan sos tiram, sos cili dan kicap, tambah air sikit nak bagi ada kuah.
  5. Masukkan bawang holland dan lada besar hijau dan merah.
  6. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  7. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi biarkan sekejap dah boleh tutup api, siap.

Resepi Ikan Bawal Pesmol

Kalau nak tahu ikan bawal masak pesmol ini adalah resepi asli dari Indonesia. Rasa seperti masak lemak tapi mempunyai sedikit kelainan. Jom cuba resepi ini dari Nurul Ateekah.

Bahan-bahan

  • 500 gram ikan bawal
  • Cili merah 6 batang
  • Buah keras 4 biji
  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia 2 cm
  • Serai 1 batang (dikatok)
  • Kunyit 3 cm
  • Lengkuas 3 cm (dihiris)
  • Daun salam 2 helai
  • Cili padi merah
  • Tomato 1 biji
  • Minyak masak 1 senduk besar
  • Santan 1 kotak
  • Air 1 cawan
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1.sudu kecil
  • Serbuk perasa Knorr/Maggi 1 sudu kecil

Cara Penyediaan

  1. Ikan bawal digoreng dulu.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, buah keras, cili merah(kisar dengan 3 sudu air).
  3. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan yang di kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan lengkuas halia dan daun salam.
  5. Masukkan ikan dan gaul sebati.
  6. Campurkan santan dan 1 cawan air masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan tomato dan cili padi dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  8. Masak sehingga kering dan angkat.

Resepi Sambal Tauchu Ikan Bawal

Sedap juga kalau masak ikan bawal sambal tauchu ini. Rasa masin dan pedas dalam satu masakan. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal 2 ekor (saiz sedarhana)
  • Cili kisar 5-6 sudu besar
  • Kacang Tauchu 3 sudu besar(dibilis air biasa)
  • Tomato 1 biji ( belah 4 )
  • Cili hijau (1 batang belas)
  • Cili merah (1 batang dibelah)
  • Bawang putih 3 ulas(dihiris)
  • Bawang besar ½ biji ( potong bulat )
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • Serbuk perasa
  • Gula

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak goreng ikan bawal sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tauchu, cili merah, cili hijau dan tomato. Kemudian gaulkan.
  5. Masukkan gula dan serbuk perasa dan gaulkan.
  6. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Masak Lemak Ikan Bawal

Juadah ini digabungkan pula bersama sambal belacan memang membangitkan selera. Perkongsian resepi ini dari Mak Yang.

Bahan-bahan

  • Satu ekor ikan bawal
  • 2 genggam belimbing buluh
  • 1 genggam cili api
  • 2 setengah inci kunyit hidup
  • Satu batang serai
  • 2 setengah cawan santan

Cara Penyediaan

  1. Cili api, kunyit hidup dikisar halus dengan 2 cawan air.
  2. Masukkan serai dan masak di atas api hingga mendidih.
  3. Masukkan belimbing dan ikan biarkan sebentar baru masukkan 2 setengah cawan santan, kacang bendi, tomato, daun kunyit masukkan garam dan sedikit serbuk perasa hilal.

Resepi Ikan Bawal Bakar Petai

Jika anda penggemar petai boleh cuba resepi ikan bawal bakar ini. Rasanya memang sedap. Resepi ini dari Sharifah Nor Hj Abdullah.

Bahan-bahan

  • Seekor bawal sederhana besar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang holand
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kunyit
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula.
  • 1 papan petai

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan kecuali asam jawa.
  2. Masak sehingga agak kering.
  3. Masukkan minyak masak
  4. Masak sehingga naik minyak.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Masak sehingga pekat.
  8. Ikan dibersihkan lumurkan sedikit garam dan kunyit serbuk.
  9. Alaskan daun pisang atas kuali.
  10. Letakkan sedikit pes masukkan ikan.
  11. Sapukan lebihan pes tadi bersama petai diatasnya.
  12. Tutup dengan daun pisang.
  13. Bakar selama 20 minit.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik yang lain anda boleh cuba dan jadi sebagai rujukan. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *