Resepi Ayam Masak Semur (Masakan Jawa)

Hari ini,Madam ingin kongsikan resepi turun temurun madam. Dari nenek ke ayah hingga lah sekarang madam pula. Ayah Madam ini ialah campuran mamak dan jawa. Arwah atuk ialah mamak dan arwah nenek ialah jawa. Tapi masa kecik Madam tidak sedar pun hal itu, sebab arwah nenek pergi semasa ayah Madam masih kecil. Hanya resepi ini sebagai pengenalan jati diri Madam.

Ayam semur ini biasanya dihidang bersama nasi ambeng. Sejenis menu orang jawa,yang biasa didapati semasa kenduri. Nasi ambeng dibekal pada tetamu sebelum pulang kerumah masing-masing. Didalamnya ada beberapa lagi lauk sampingan. Memang tujuan nasi ambeng itu mendapat segalanya diperlukan dalam bekalan itu,agar tetamu pulang dengan hati yang gembira. Agar majlis itu mendapat berkat dan keredhaan illahi, bila tetamu gembira.

Mari kita lihat bahan-bahan diperlukan.

Resepi Ayam Masak Semur

Bahan-bahan utama

  • Seekor ayam sederhana dipotong  16 (atau terpulang). Perap dengan garam dan kunyit. Goreng tapi jangan terlalu garing.

Bahan-bahan kisar

  • 5 senduk cili kering yang dikisar.
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih  3 ulas
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1sudu besar jintan kasar
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)

  • 2 labu bawang besar  dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji ketumbar
  • Kicap manis secukup hitam
  • Sekeping asam keping saiz besar.

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. Tambahkan  asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra. Bawang besar juga boleh diletak bersama ayam jika suka.
  • Boleh tambah kentang yang dipotong baji dan digoreng terlebih dahulu mengikut citarasa.
  • Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap.

Lauk ini sesuai dimakan dengan ulam-ulaman dan ikan masin. Boleh dihidang sebagai menu utama. Ayam juga boleh ditukar dengan ikan cencaru,ikan pari atau pun daging.

Versi madam sangat simple sahaja.

Begitu mudah resepi ini,tapi mampu memikat selera bila dihidangkan dengan nasi panas. Jangan lupa cuba resepi-resepi lain juga ya.

Resepi Ayam Masak Lemon

Resepi Kari Ayam Nyonya

Resepi Sup Ayam Nenek Kam

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *