Resepi Ayam Berlada Dengan Kicap Masak Senang Sekali Jalan
Resepi ini adalah masakan berasaskan ayam yang amat sesuai bagi peminat masakan berasaskan kicap sebab dalam resepi kali ini saya gabungkan keduanya. Tapi tidak seperti masakan kicap atau sambal kicap masakan kali ibu lebih ringkas dan penyediaannya amat mudah, jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Ayam potong sederhana kecil
- Garam dan kunyit secukup rasa
Kaedah
- Goreng tidak terlalu garing, ketepikan.
Bahan sambal
- Segenggam cili api
- Bawang besar, bawang putih
- Serai tumbuk pecah
- Kicap secukup rasa
Kaedah
- Rebus cili api, bawang besar dan putih.
- Kisar sederhana kasar dan tumis dengan baki minyak gorengan ayam tadi.
- Tambah serai dan kicap secukup rasa.
- Tambah garam dan secukup rasa maggi.
- Gaul dengan ayam goreng tadi.
- Siap!
Masakan ini sedap dinikmati bersama nasi panas, hidang sekali sup bening sayur atau lemak putih suhun fucuk pergh mesti layan! Biasanya kicap yang saya guna adalah kicap manis lemak dan tips untuk masak kicap yang sedap ialah jangan kedekut minyak tapi minyak pun tak boleh lebih-lebih sebab nanti muak pula, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.