Resepi Ayam Bakar Hitam Manis Sedap Dan Senang Buat
Resepi kali inj adalah resepi ayam hitam yang dimasak dengan bahan-bahan ringkas sahaja. Bukan itu sahaja penyediaannya juga amat cepat tapi rasanya sangat sedap.
Perkongsian kali kni amat sesuai bagi mereka yang mencari idea masakan cepat, ringkas tetapi sedap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Ayam bahagian whole leg yang telah dibuang tulang (potong jika perlu).
Bahan perapan
- Sos tiram
- Kicap masin
- Kicap manis
- Bijan
Kaedah
- Perapkan dengan semua bahan perapan.
- Kemudian masak dengan guna air fryer.
- Balik-balik sambil sapu dengan minyak masak hingga garing.
- Taburkan lagi biji bijan sebelum bakar beberapa minit lagi
- Makan dengan nasi atau makan begitu sahaja
- Siap!
Bahagian ayam yang saya gunakan ialah whole leg yang biasa digunakan untuk buat chicken chop kerana isinya lebih juicy dan kulitnya amat sedap dinikmati. Bahagian ayam ini ada dijual disupermarket ia lebih mudah kerana telah dibuang tulang jadi anda boleh menikmatinya dengan lebih lagi, bagaimanapun bahagian ayam lain juga sedap seperti kepak ayam. Apapun jangan lupa mencuba resepi mudah ini ye.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.