Resepi Air Fryer Roasted Brokoli Cara Mudah Masak Sayur

Resepi kali ini adalah resepi sayur bakar yang paling senang untuk disediakan dan ianya sangat sesua bagi mereka yang sedang diet rendah lemak. Penyediaannya amat ringkas dimana ia tak perlu ditumis atau rebus sebaliknya kita menggunakan air fryer tetapi jika anda tidak punya air fryer anda boleh menggunakan oven juga. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-ahannya dan juga cara menyediakan roasted vege ini.

Bahan-bahan

  • Brokoli
  • Capsicum kuning
  • Capsicum merah
  • Bawang besar
  • Secukup rasa maggi
  • Minyak zaitun
  • *sukatan bahan-bahan adalah mengikut saiz sayur digunakan

Kaedah

  • Bersihkan sayur dan potong sederhana besar.
  • Untuk bawang potong baji sahaja
  • Gaul semua sayur dengan cukup rasa maggi dan juga minyak zaitun
  • Bakar dalam air fryer 10 minit dan kemudian periksa kalau sayur dah masak.
  • Jangan overcooked sebab nanti sayur terlalu kering.
  • Jika nak guna oven bungkus sayur dalam aluminium foli dan cucuk-cucuk agar panas oven dapat masuk dalamnya.
  • Siap!

Kalau anda hendak tambah carrot atau jagung pastikan anda rebus separuh masak agar ia cepat empuk ketika dibakar. Resepi ini pun sesuai jika dijadikan menu dalam majlis bbq atau dijadikan hidangan sampingan dalam hidangan harian anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain