Resepi Agar-agar Lumut Pandan Gula Melaka Tak Lekang Dek Zaman
Resepi kali ini merupakan resepi puding atau agar-agar yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Agar-agar kali ini adalah agar-agar lumut pandan berlapis dengan agar-agar gula melaka. Agar-agar lumut mendapat namanya daripada rupanya yang mana santan dimasak hingga pecah. Menarik resepi ini kerana rasanya lumut tu lah. Bagi yang tidak pernah mencuba berikut adalah bahan-bahan dan kaedah pembuatannya.
Bahan-bahan
- 1 pek agar-agar tali
- 50g gula putih
- 100g gula batu
- 100g gula merah
- 1300 ml air
- 200 ml santan
- 1 biji telur
- 1 tsp garam
- Daun pandan
Kaedah Agar2 Lumut Pandan
- Kisar 800ml air dgn 4 helai daun pandan tambah emulco pandan kalau suka, tapis.
- Masak air pandan, gula putih,gula batu dan masuk hingga gula batu cair dahulu.
- Kemudian tambah ¾ agar-agar tali (siap gunting).
- Sementara itu campur telur,santan dan garam kacau dgn garfu dalam bekas lain.
- Bila air pandan dah mengelegak masukkan bancuhan santan tadi.
- Biar mengelegak hingga santan pecah.
- Tutup api dan masukkan dalam acuan.
- Biarkan agar-agar keras dahulu.
Kaedah Agar2 Gula Melaka
- Masak gula merah dengan 500ml air dan masak hingga gula larut dan kemudian tapis.
- Masak semula bersama baki agar-agar tadi (¼ bungkusan)
- Tambah daun pandan untuk wangi.
- Masak hingga menggelegak dan alih daun pandan.
- Cakar agar2 pandan yang dah keras tadi baru tuang agar-agar gula melaka ini.
- Sejukkan beberapa jam sebelum keluarkan dari acuan.
- Siap!
Saya gunakan agar-agar tali sebab ia lebih murah tapi jika anda suka anda boleh guna serbuk agar-agar. Sentiasa rujuk pada plastik pembungkusnya untuk mendapat nasibh yang betul untuk penggunaan agar-agar, air dan juga gula. Masak hingga agar-agar menggelegak kerana jika sebaliknya ia tidak akan mengeras. Begitu juga bila anda buat puding berlapis, bahagian atasnya perlu dicakar dengan garfu atau pisau agar kedua bahagian akan melekat. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.