Resepi Puding Roti Pelangi Berwarna Warni Sangat Lawa dan Menyelerakan

puding roti pelangi

Puding roti biasanya hanya berwarna kekuningan sahaja. Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi yang lebih unik dan cantik, iaitu resepi puding roti pelangi berwarna warni. Rupanya menarik dan rasanya dijamin sedap. Hidangan ini amat sesuai dijadikan pencuci mulut buat semua lapisan umur.

Cara pembuatan puding roti pelangi ini tidak sukar, namun memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika anda inginkan hasil yang menarik, pasti perlukan kesabaran! Puding roti pelangi ini juga menggunakan bahan yang amat mudah untuk didapati. Jom kita lihat cara pembuatan dan bahan – bahannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zura Zul dan mendapat banyak shares di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Puding Roti Pelangi

puding roti pelangi
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Saiz loyang: 8×8

  • 20g agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula 5 keping roti gardenia
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 penutup botol esen vanilla (star brand)
    (semuanya dikisar hancur dan halus)

Cara – cara memasak:

  1. Masak agar – agar dengan air hingga larut agar – agar. Masukkan gula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan sentiasa kacau sehingga agak – agak pekat. Tutup api.
  3. Bahagikan adunan agar – agar ke 3-4 bekas. Warnakan mengikut citarasa anda
  4. Gunakan sudu/senduk setiap warna berselang seli secara bertindan sehingga habis adunan.
  5. Bekukan dan masuk ke dalam peti sejuk 2 jam.
  6. Kemudian potong dan hidang sejuk – sejuk!
puding roti pelangi 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *