Karamel merupakan gula yang dihanguskan menjadi keperangan dan cair. Ianya membawa rasa pahit seakan – akan hangit namun tidak terlalu kuat dan rasa manis yang amat lazat. Karamel amat sesuai untuk diletakkan bersama puding yang berlemak dan kek coklat yang manis. Ianya membentuk satu hidangan pencuci mulut yang amat digemari ramai iaitu, puding karamel kek coklat.
Kali ini, kami bawakan resepi pencuci mulut ini khas buat anda semua. Cara pembuatan puding karamel kek coklat ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu karamel, puding dan kek coklat. Walaupun terdapat tiga bahagian, ianya tidaklah sukar seperti yang anda jangkakan. Cara pembuatannya disediakan secara terperinci, oleh itu anda boleh mengikuti langkah – langkah tersebut.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Syuhada Ismail yang telah mendapat ratusan likes dan shares di media sosial. Jom kita lihat!
Resepi Puding Caramel Kek Coklat
Bahan – bahan:
Karamel:
- 8 sudu besar gula
Puding
- 2 roti putih dicarik dan buang tepi
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula castor
- 1 sudu kecil esen vanila
Kek Coklat
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil ovallete
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 3/4 cawan tepung
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu baking powder
- 1 cawan serbuk koko
- Sedikit garam halus
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu cair (didihkan)
Cara – cara memasak:
Karamel:
- Masukkan kedalam periuk/kuali dan biarkan ke atas api.
- Biarkan api kecil dan masak sehingga larut.
- Apabila sudah perang, masukkan ke dalam loyang dan ratakan karamel biar keras.
Puding:
- Masukkan kesemua bahan di dalam mesin pengisar dan kisarkan halus.
- Tapis dan letakkan di atas karamel di dalam loyang tadi.
- Pastikan tepi loyang basah sedikit supaya puding senang keluar dan tidak koyak.
- Kukus selama 30 minit.
- Apabila sudah siap, biarkan diluar selama 10 minit supaya permukaan puding licin.
Kek coklat:
- Masukkan telur, ovallete dan gula dan pukul sehingga kembang.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Sementara itu, ayak tepung bersama soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan sedikit garam halus.
- Masukkan berselang seli bersama minyak ke dalam adunan.
- Masukkan susu cair yang telah didihkan ke dalam adunan semasa panas – panas.
- Kacau adunan menggunakan senduk.
- Masukkan adunan ke atas puding tadi dan kukus selama 40 minit.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
Leave a Reply