Resepi Puding AisKrim Soda Manis Confirm Ketagih
Anda pernah dengar tak mengenai puding aiskrim soda? Ianya merupakan salah satu resepi yang rare dan jarang didengari. Namun begitu, rasa puding aiskrim soda ini amat lazat, menyelerakan dan enak dimakan ketika sejuk. Sekiranya anda inginkan pencuci mulut yang lain daripada yang lain, resepi ini khas buat anda!
Puding aiskrim soda ini terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri daripada aiskrim soda dan susu cair dan bahagian bawah hanya terdapat aiskrim soda sahaja. Cara pembuatannya mudah sebenarnya, anda hanya perlu mengikut langkah – langkah yang disediakan sahaja.
Resepi puding aiskrim soda ini dikongsikan oleh Zura Zul dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita tengok!
Resepi Puding AisKrim Soda
Bahan – bahan:
Bahan A:
- Separuh agar-agar bertali (bahagi dua dan rendam selama satu jam)
- 1/2 cawan gula.. Nak manis..tambah gula lagi
- 1 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan aiskrim soda F&N
- Sedikit pewarna biru
- Secubit garam
Bahan B:
- Separuh agar – agar bertali (yang digunting tadi)
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan aiskrim soda F&N
- Pewarna ikut suka
Cara – cara memasak:
A:
- Masak agar – agar dengan air hingga larut agar – agar. Masukkan gula dan biarkan larut gula.
- Masukkan aiskrim soda dan kacau. Kemudian, masukkan susu cair. Bubuh pewarna biru dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan secubit garam. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
- Loyang basahkan dulu. Tuang agar – agar kedalam loyang. Biarkan sederhana beku.
B:
- Masak agar – agar bertali dengan air hingga larut agar dan masukkan gula.
- Masukkan aiskrim soda. Kacau rata hingga mendidih
- Jika inginkan lapisan, bahagi adunan ke dalam tiga bekas sama banyak. Warnakan ikut suka. Jika tidak, satu warna juga memadai.
- Tuangkan lapisan pertama perlahan – lahan di atas agar – agar aiskrim soda. Biarkan sedikit beku dan tambahkan lapisan seterusnya. Bekukan.
- Masukkan kedalam peti sejuk selama 3-4 jam. Boleh keluarkan. Telangkupkan puding di atas pinggan yang rata. Sedia untuk dipotong dan boleh dimakan!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!