Senarai Resepi Pucuk Paku Lauk Kampung Menjadi Pilihan Hati
Resepi kali ini merupakan hidangan menu kumpulan sayur iaitu pucuk paku. Kadangkala lauk kampung memang menjadi pilihan kan? Hidanglah makanan barat banyak mana pun memang tak boleh lawan hidangan lauk kampung. Lauk kampung ini lebih simple masakan lebih sedap.
Bagi peminat sayur pucuk paku, sebenarnya banyak cara atau kaedah yang boleh dimasak dengan sayur ini, bukan sekadar masak tumis sahaja. Kalau tahu caranya memang menjadi lebih sedap hidangan pucuk paku ini. Jom lihat koleksi resepi pucuk paku yang telah kami kumpulkan untuk anda sebagai rujukan.
1. Resepi Masak Lemak Pucuk Paku
Resepi pertama adalah pucuk paku masak lemak. Memang sedap nak pulak rasa pedas cili api membangkitkan lagi selera anda. Resepi ini dari Norfadilah Ibrahim.
Bahan-bahan
- Cili api
- Kunyit hidup
- Udang
- Pucuk paku
- Santan
- Air
- Garam
- Maggi cukup rasa
Cara Penyediaan
- Tumbuk cili api & kunyit hidup.
- Masukkan bahan di tumbuk tadi ke dalam periuk.
- Hidupkan api masukkan udang dan masukkan air & santan kacau lagi sampai menggelegak.
- Dah boleh masukkan pucuk paku.
- Perasakan garam & megi cukup rasa. Kacau lebih kurang siap.
2. Resepi Kerabu Pucuk Paku Taugeh dan Kerang
Resepi kerabu adalah paling mudah sekali nak buat, Tak perlu guna minyak hanya gaul semua bahan dan siap, Kerabu pucuk paku taugeh dan kerang ini memang lazat, tekstur rangup pucuk paku dan kerang menambahkan lagi perasa kepada kerabu ini. Resepi mudah dari Nor Haida.
Bahan-bahan
- 1 mangkuk kerang yg dh rebus kopek ambil isi
- Rm1@rm2 seikat pucu paku (celur dan tos)
- 2@3 genggam tauge (celur dan tos)
- 1 biji bawang besar dihiris nipis
- 4 sudu santan pekat
- 3 sudu besar kerisik
- 2 sudu air limau nipis
- Garam secukupnya
Bahan blender
- 3 batang serai
- ½ inci lengkuas
- Cili api 5bji-8bji
- Belacan
Cara Penyediaan
- Mula tuang bahan blender dalam besen dan masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam, gula gaul bagi sebati.
- Selepas itu masukkan isi kerang pucuk paku dan taugeh gaul lagi. Tambah apa yg rasa tak cukup yang penting gabungan rasa pedas masam, masin dan manis lemak santan dan kerisik serai lengkuas bersatu dan berpauk dengan mesra.
3. Resepi Tumis Cencalok Pucuk Paku
Buat anda penggemar cencalok, resepi pucuk paku tumis cencalok ini pasti bakal menjadi kegemaran anda. Resepi ini dari Zee Basir.
Bahan-bahan
- 1 ikat pucuk paku
- 2 sudu besar cencalok
- 1 sudu teh serbuk belacan
- 9-11 biji cili padi yg masak ranum di tumbuk
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1/2 biji bawang holand dimayang
- 1 kiub pati ikan bilis maggi
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
- Basuh cuci pucuk paku dan toskan.
- Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar holand.
- Dah agak naik bau masukkan cili padi dan cencalok serta serbuk belacan.
- Goreng sampai garing api kecil ya.
- Akhir sekali masukkan pati ikan bilis dan pucuk paku tadi. Kacau sebati beberapa minit. Siap.
4. Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan
Pucuk paku goreng belacan pun tak kurang hebatnya. Memang sedap. Cara nak buat lebih kurang kangkung masak belacan juga. Resepi mudah dari Khairunnisa Ibrahim.
Bahan-bahan
- Lada kampung
- Belacan
- Ikan bilis
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 3/4 ulas
- Asam keping
- Petai
- Garam/perasa
Cara Penyediaan
- Tumbuk lada kampung, belacan, ikan bilis, bawang merah 3 biji atau bawang besar sebiji sampai lumat. Belacan nak sedap, bakar dulu kejap.
- Panaskan minyak, ketuk bawang putih dalam 3 4 ulas. Goreng dulu sampai naik bau bawang putih. Dah kuning, masuk semua bahan tumbuk. Campak sekeping asam keping.
- Bahan tumis dah garing sikit, letak setengah cawan air dan masuk petai.
- Dah gelagak kuah masuk pucuk paku. Gaul tunggu sampai masak.
- Tutup api letak dalam mangkuk.
5. Resepi Kerabu Pucuk Paku Versi Kelantan
Kerabu pucuk paku versi Kelantan ini ada kelainan sedikit dimana ada penambahan ikan rebus goreng dan juga santan. Rasa lemak santan yang membuatkan kerabu ini menjadi lebih sedap. Resepi ini dari Che Izzah Che Daud.
Bahan-bahan
- 1 ikat pucuk paku – dipotong dan dibersihkan
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji lada hitam
- 1 ekor ikan kembung rebus letak garam dan asam keping
- Segengam isi kelapa yang digoreng
- 1 batang serai – dihiris halus
- 2 biji cili api – dihiris
- Sedikit jus limau nipis
- Sedikit garam & gula
- Sedikit santan untuk kuah
Cara Penyediaan
- Pucuk paku dicelur seketika bila agak lembut, masukkan pucuk paku tadi ke dalam air sejuk. Toskan.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan serai hingga lumat. Masukkan isi ikan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sekali dengan bahan tadi. Tambah garam.
- Masukkan pucuk paku ke dalam mangkuk dan tambah bahan tumbuk, cili api dan sedikit jus limau nipis. Gaul sebati. Rasakan garam & gula.
- Tambah santan, dan gaul sebati. Letak dalam pinggan dah boleh makan.
6. Resepi Rendang Pucuk Paku
Pernah dengar rendang pucuk paku? Haaa mesti jarang dengar kan. Sebenarnya sedap juga rendang pucuk paku ini lagi kering lagi sedap. Resepi unik ini dari Si Bunga Putih.
Bahan-bahan
- Pucuk paku
- Kunyit hidup
- Cili kecik
- Cili merah besar
- Halia
- Lengkuas
- Bwg putih
- Bwg merah
- Ikan bilis
- Serbuk ketumbar
Cara Penyediaan
- Blend semua bahan dekat atas dah hancur blend baru masuk ikan bilis blend sikit.
- Dan tumis dalam kuali sampai dah pecah minyak sebati masukan santan. Kacau letak garam dan gula. Masak sampai jadi pecah minyak baru masuk pucuk paku.
- Dah masuk pucuk paku bukak api slow sesekali kacau sampai jadi kering.
7. Resepi Pucuk Paku Goreng
Resepi pucuk paku goreng paling mudah nak buat. Bahan dalam masakan ini pun tak banyak. Kalau yang baru nak belajar masak sesuai untuk cuba resepi ini dari Ekin OmAr.
Bahan-bahan
- Pucuk paku basuh dan toskan
Bahan Tumbuk
- Bwg merah
- Bwg putih
- cili api
- 1inci kunyit hidup
- Ikan bilis sikit
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak masukkan bahan tumbuk tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
- Dan masukkan pucuk paku letak air sikit untuk kuah.
- Last perasakan dengan garam & aji kacau bagi sebati bila dah cukup rasa terus angkat jangan lama sangat dan siap.
8. Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku
Perut lembu seringkali dijadikan kerabu. Kali ini kerabu perut bersama pucuk paku. Jika anda penggemar perut jom cuba resepi dari Noraliza Ahmad.
Bahan-bahan
- Perut lembu (rebus sampai lembut)
- Pucuk paku (celur)
- Tauge (celur)
- Cili api (kisar)
- Cili besar (kisar)
- Halia (kisar)
- Serai (kisar)
- Lengkuas (kisar)
- Bwg besar (hiris nipis)
- Belacan (kisar)
- Kerisik
- Gula
- Garam
- Limau nipis/limau kasturi
Cara Penyediaan
- Bahan yang dah celur satukan dengan perut lembu masukkan bahan yang dikisar dan perasakan dengan garam, gula, air limau dan kerisik. Gaul sebati.
- Boleh masukkan dalam mangkuk dan rasa.
9. Resepi Bubur Lambuk Pucuk Paku Merah
Jangan tak tahu pucuk paku daun merah pun ada. Kebanyakan pucuk paku daun merah ini dimasak bersama bubur lambuk. Resepi ini dari Adzura Nor.
Bahan-bahan
- 1cawan beras
- 8cawan air
- 500gm ayam /daging cincang
- 5biji bawang merah*
- 3ulas bawang putih*
- 11/2inc halia*
- 2 sudu besar lada hitam*
- 1cawan santan pekat
- Pucuk paku merah
- 1 keping asam keping
- Cili boh ikut kepedasan anda
- Garam secukupnya
Bahan yg bertanda* saya blend
Cara Penyediaan
- Setelah bubur disediakan masukkan bahan yang diblend tadi dan ayam/daging cincang.
- Biarkan sebentar hingga mendidih.
- Kacau jangan sampai melekat.
- Kemudian masukkan santan dan pucuk paku merah.
- Kacau sampai sebati dan tunggu pucuk paku sampai empuk letak garam dan secukup rasa siap dihidangkan.
10. Resepi Kerabu Pucuk Paku Versi Terengganu
Kalau sebelum ini kami ada kongsikan kerabu pucuk paku versi Kelantan kali ini kerabu pucuk paku Terengganu. Apa yang membezakan ialah versi ini menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama. Resepi ini dari SN FaEzah MuDa.
Bahan-bahan
- Pucuk paku dicelur/rebus seketika
- Kelapa parut
- Bawang Merah dihiris
- Perahan Limau nipis/kasturi sikit
- Isi ikan sardin direbus
Cara Penyediaan
- Goreng tanpa minyak kelapa dan bawang merah.
- Masukkan pucuk puku.
- Secubit garam/gula.
- Masukkan perahan limau.
- Masukkan isi ikan yang di carik.
- Siap.
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi menarik dan mudah telah kami kongsikan untuk jadikan sebagai rujukan kelak. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami.
.
.