Pau kacang merah merupakan antara hidangan tradisional yang digemari ramai, terutamanya dalam kalangan pencinta makanan manis. Dengan doh yang lembut dan gebu, setiap gigitan memberikan sensasi yang menyenangkan.
Inti kacang merah yang manis dan kaya menambah keunikan rasa, menjadikannya sangat memikat. Pau ini biasanya disajikan dalam keadaan panas, dan aroma harum yang keluar dari pengukus mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Sesuai dinikmati pada waktu sarapan, minum petang, atau sebagai pencuci mulut.
Pau kacang merah bukan sahaja menyenangkan selera, tetapi juga membawa nostalgia kepada tradisi masakan yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ayuh tengok kumpulan resepi pau kacang merah dari Facebook di bawah ini
Pau Kacang Merah Gebu
Pau kacang merah gebu pertama didatangkan daripada laman Facebook dikongsikan oleh Mariana Zainal. Sedap dijadikan menu sarapan pagi. Ayuh tengok resepi pau gebu ini.
Bahan A :
- 1 ½ cawan air suam kuku,
- 1 paket yis,
- 2 sudu besar gula pasir,
- (Satukan semua dalam satu bekas. Kacau dan biarkan selama 5 – 6 minit)
Bahan B :
- 4 ½ cawan tepung pau (tepung gandum pun boleh),
- 3 sudu besar shortening atau butter,
- 2 sudu besar susu pekat manis,
- 1 ½ sdt double action baking powder (baking powder biasa pun boleh),
(Satukan semua bahan B gaul hingga jadi serbuk).
Cara-cara :
- Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10 minit.
- Kemudian, peram doh dalam bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas.
- Uli semula, bulat-bulatkan.
- Ambil satu doh masukkan inti kacang merah dan lapik dengan daun pisang atau kertas.
- Terus masukkan inti dalam semua doh yang sudah dibulatkan.
- Peram lagi 18-20 minit (jika pau inti kaya peram 15 minit sahaja).
- Sementara tunggu pau naik, panaskan air kukusan hingga mendidih.
- Bila pau sudah naik (cukup masa peram), kukus selama 7 minit guna api besar.
- Setiap kali kukus pau yang seterusnya lap dahulu bahagian bawah penutup kukusan.
Pau Kacang Merah Putih Gebu
Mengepau di malam hari. Sebelum ini buat pau dengan planta sahaja tapi kali ini planta dan softener, tidak sangka jadi gebu dan putih. Roslila Pakwanchik berkongsi resepi pau kacang merah di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 1 kg tepung gandum,
- 2 cawan tepung pau,
- 3 sb gula,
- 2 sb susu pekat,
- 2 ½ sb yis,
- 2 sk baking powder,
- 2 sb planta,
- 2 sb softener.
Cara-cara :
- Rendam yis, gula, dan susu pekat dengan air suam hingga kembang.
- Ayak tepung gandum, tepung pau, baking powder.
- Gaul bersama planta, softener hingga jadi serbuk.
- Masukkan yis tadi dan uli dalam 10-15 minit hingga adunan bagi lembut.
- Bentuk masukkan inti dan kukus selama 8-9 minit.
- Letak inti kacang merah.
Pau Kacang Merah Sedap
Sis Norliza Bonda mengepau sebelum tidur. Pau kacang merah yang sedap dan gerenti semua orang suka. Boleh cubakan resepinya di rumah.
Bahan-bahan :
- 1 peket mauripan,
- 2 sudu gula,
- 1 cawan air suam2 kuku,
- 1 kg tepung gandum,
- 1 senduk gulai marjerin.
Cara-cara :
- Masukkan gula dan mauripan ke dalam jag kemudian bubuh air suam tadi.
- Bila sudah naik kembang masukkan ke dalam tepung yang sudah digaul dengan marjerin.
- Uli rata menjadi doh dan kepal bulat sebesar macam kuih bom.
- Masukkan inti ke dalam tepung.
- Tunggu naik separuh dari yang asal baru boleh kukus.
Pau Kacang Merah Lembut
Walaupun pertama kali buat, tapi terus menjadi pau kacang merah yang sedap dan lazat. Bentuk pau ini amat gebu dan menyelerakan. Letak pula inti kacang merah sedap. Ayuh cubakan resepi daripada Salina Ismail di laman Facebook.
Bahan A :
- 1 sudu teh yis,
- Secubit gula,
- ½ cawan lebih air suam,
- Satukan dan biar dalam 10 minit hingga berbuih.
Bahan B :
- 2 ½ cawan tepung pau,
- ½ sudu teh baking powder,
- 4 sudu besar gula castor,
- 1 sudu besar shortening pau,
- 1 sudu teh bread softener,
- Campur semua dan gaul sebati.
Cara-cara :
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B, gaul sebati dan uli hingga jadi doh. Biar selama 10 minit.
- Selepas 10 minit uli sekejap kemudian timbang doh anggaran 40 – 45 gram dan letakkan inti.
- Perap selama 45 minit dan kukus selama 7 minit.
- Pastikan air betul-betul mendidih baru kukus dengan api sederhana.
- Setelah masak angkat periuk kukusan yang berisi pau, baru buka penutup. Ini untuk elakkan pau dari mengecut dan menggerutu.
Pau Perisa Pandan Inti Kacang Merah
Jom sarapan dengan pau pandan inti kacang merah. Wangi pandan pau ditambahan kesedapan kacang merah di tiap-tiap gigitan. Gerenti lebih sedap dari pau biasa. Resepi dikongsikan oleh Zarina Ina di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum,
- 2 cmt yis (mauripan),
- 1 sb gula,
- Setengah cawan air suam (boleh ditambah),
- Perisa pandan,
- Pewarna hijau,
- Secubit garam,
- 1 sudu besar marjerin lembut.
Cara-cara :
- Yis dan gula dibancuh dengan air suam dan dibiarkan sehingga berbuih.
- Dalam bekas lain, gaul tepung, garam, marjerin, pewarna dan perisa pandan.
- Tuang adunan yis tadi ke dalam bekas dan gaul rata.
- Biarkan setengah jam hingga adunan naik.
- Kemudian uli semula.
- Bentukkan adunan dan isi inti, biarkan 10 min.
- Akhir sekali kukus 7 minit.
Pau Inti Kacang Merah Padu
Pau inti kacang merah sedap dan simple boleh jadikan makanan untuk bawa rewang rumah jiran, sekali gus untuk sarapan juga. Resepi dikongsikan oleh Irnita Sadikin di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 1 kg tepung pau bakers choice,
- 1 peket yis,
- 100 g gula,
- 1sb bread improver,
- Secubit garam,
- 2sb shortening,
- 500 g air.
Bahan-bahan :
- Mula-mula uli semua bahan kering bersama air sampai sebati.
- Kemudian masukkan shortening, uli lagi sampai gula hancur.
- Seterusnya bahagikan doh sebesar 30 g dan masukkan inti yang disukai.
- Biar selama 20-25 minit hingga doh naik.
- Kukus 10 minit.
Pau Kacang Merah Frozen
Selain makan terus, pau boleh buat frozen jadikan stock. Caranya cukup kukus sekejap kemudian simpan dalam peti ais beku. Zalfiratul Ain berkongsi resepi pau frozen boleh dapat 200 biji.
Bahan-bahan :
- 1 kg gandum atau tepung pau,
- 5 sudu gula,
- 5 sudu susu pekat manis,
- 3 sudu majerin,
- 1 paket yis,
- 2 cawan air,
- Inti kacang secukupnya.
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan dalam air.
- Perap selama 15 minit.
- Kemudian masukkan gandum.
- Uli sampai tidak melekat di tangan dan permukaan licin.
- Perap lagi ½ jam.
- Selepas perap, buat doh kecil.
- Letak inti dan perap lagi 15 minit.
- Kukus selama 10 minit.
Pau Inti Kacang Merah Gebu Gebas
Pau inti kacang merah ala Pn Lia Harif di laman Facebook boleh dicubakan di rumah untuk dapatkan pau gebu gebas dan lazat.
Bahan-bahan :
- 1 kg tepung gandum (dapat dalam 30-35 ikut saiz),
- 1 sudu besar gula,
- 2 sudu kecil baking powder,
- 1 sudu besar shortening,
- 1 sudu besar minyak masak,
- 1 paket mauripan,
- Inti kacang merah.
Cara-cara :
- Bulat-bulatkan inti kacang merah sebesar duit 50 sen.
- Campurkan yis dan gula ke dalam mug berisi air sampai dia naik.
- Gaulkan tepung, shortening dan baking powder sebati.
- Kemudian tuang tuang adunan yis, adun sebati sehingga tidak melekat pada tangan dan elastik selama lebih kurang 15-20 minit. Biarkan adunan naik berganda lagi.
- Bila adunan sudah naik, ambil adunan saiz bola pingpong, bulatkan, kemudian leperkan dia dan letak inti yang sudah dibulatkan.
- Kemudian tutup balik adunan tadi dan bulatkan dia.
- Golek sedikit dekat tepung gandum kemudian bulatkan lagi.
- Kemudian letak atas kertas putih atau daun pisang, ulang sampai habis, biar adunan naik 2 kali ganda.
- Panaskan pengukus, penutup kukus perlu di lapik dengan kain untuk elak kuih terkena wap.
- Kukus dalam 7-10 minit, selamat mencuba.
Pau Inti Kacang Merah Mudah
Kalau ada mood mengepau jangan lupa cubakan resepi pau daripada Sariha Ismail yang berkongsi di laman Facebook. Boleh letak pelbagai inti, dan kali ini kita letak inti kacang merah.
Bahan-bahan :
- 800 g tepung pau,
- 200 g tepung hong kong,
- 280 g gula,
- 3 sb shortening,
- 1 peket yis,
- 500 ml air.
Cara-cara :
- Masukkan bahan basah diikuti dengan bahan kering dan yis.
- Uli selama 15-20 minit.
- Jika sudah uli sekata, timbang dan bulatkn sesuai selera.
- Letak inti.
- Rehatkan lagi 15 minit, kemudian kukus 7 minit dengan api sederhana. Balut penutup periuk kukus dengan kain.
- Jika sudah masak, angkat dulu biar sekejap, baru bukak penutup.
Pau Bambam ala JJ
Pau bambam ala Jalilah JJ Homemade yang berkongsi di laman Facebook. Ramai yang order pau ini berintikan kacang merah. Tip JJ dalam air kukusan masukkan daun pandan untuk aroma pau wangi.
Bahan-bahan :
- 250 gram tepung pau baker choice,
- 3 sudu besar gula castor,
- 1 sudu susu pekat,
- 1 sudu teh rata baking powder royal,
- ½ cawan air,
- 5 gram instant yis,
- 1 sudu besar penuh shortening,
- ¼ sudu garam halus,
- ½ sudu teh krim super,
- Inti kacang merah.
Cara-cara :
- Mula-mula ayak tepung gandum dengan baking powder.
- Kemudian campur bersama yis dan shortening dalam mixer.
- Seterusnya larutkan air dengan susu, gula dan garam halus.
- Kemudian masukkan air ke dalam mixer. Uli dalam 10 minit biar doh licin.
- Lalu masukkan krim super dan uli lagi dalam 5 minit.
- Seterusnya timbang doh sebesar 25 gram atau 30 gram.
- Leperkan doh, letak inti dan kemaskan.
- Biar selama 15 minit doh naik.
- Apabila air kukusan sudah mendidih kecilkan api dan biarkan 5 minit baru letak doh dan penutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain.
- Kukus selama 7 minit.
- Setelah 7 dan siap kukus minit, turunkan periuk kukusan ke bawah baru dibuka penutupnya untuk elak pau berkedut.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi pau inti kacang merah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.
Leave a Reply