Resepi Nasi Ulam (Sedap dan Sihat)

Resepi yang akan dikongsikan pada kali ini sangat menarik. Jarang kita dapat lihat di mana-mana tempat menjual nasi ulam ini.

Jika anda berminat untuk merasai nasi ulam ini. Bolehlah anda menyediakannya sendiri di rumah. Juga anda dapat memastikan kesegaran ulam-ulaman yang anda gunakan.

Resepi nasi ulam ini telah dikongsikan oleh Rosmanita Fsi di akaun Facebook miliknya. Bolehlah kita semua mencuba resepi yang telah dikongsikan ini.

Resepi Nasi Ulam

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan utama:

  • Nasi

Bahan hirisan:

  • Ulam-ulaman (apa sahaja jenis ulam)

Bahan tumbuk:

  • Ikan masin (Digoreng)
  • Belacan
  • Halia
  • Serai
  • Bawang merah
  • Ikan tongkol (Digoreng)
  • Lengkuas
  • Lada hitam
  • Cabai hidup (Cili merah)

Perasa tambahan:

  • Kerisik
  • Garam pink himalayan(jika perlu saja)

Cara – cara penyediaannya:

  • Sebatikan semua bahan-bahan dan ikut citarasa masing-masing suka banyak ulam atau suka masin. Asalkan sedap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *