Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan Sempoi Yang Amat
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat negara ini. Nasi lemak adalah sejenis masakan yang dimasak menggunakan santan. Lazimnya ianya dihidang bersama sambal tumis, telur rebus dan juga hirisan timun. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara-cara untuk menyediakan nasi lemak tanpa santan.
Ia menggunakan bahan yang sama seperti nasi lemak yang biasa. Perbezaannya ialah ia tidak menggunakan santan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan -bahan
- Beras 2 cawan
- Marjerin 2 sudu besar
- Daun pandan (sehelai d simpul)
- Air (ikut sukatan beras)
- Halia
- Halba
- Panaskan periuk, masukkan marjerin
- Tumiskan daun pandan,halia dan halba
- Gaul sebati kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan.
- Tambahkan air mengikut sukatan (sukatan beras + 2)
- Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula.
- Siap
- Ikan bilis
- Cili kering (rebus dan kisar bersama bawang besar dan belacan)
- Tuang minyak dalam kuali, tumis cili sampai hilang bau.
- Masukkan gula dan garam, kacau sebati.
- Masukkan air asam jawa.
- Bila dan sebati masukkan ikan bilis..
- Kacau rata.
- Siap
Nasi lemak ini tidak menggunakan santan sebaliknya ia menggunakan mentega sebagai bahan tumis. Ia sedap dinikmati bersama sambal dan juga telur rebus, seperti kebiasaannya nasi lemak. Diharap anda akan mencuba resipi ini selamat mencuba
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!