Resepi Muffin Telur ( Gebu, Gerenti Semua Suka)
Siapa sangka muffin tidak sahaja merujuk kepada kek. Pada masa kini, olahan telur muffin juga banyak dicari ramai. Muffin telur kudapan mewah yang sesuai dijadikan hidangan minum petang.
Sama halnya dengan dengan muffin umumnya, muffin telur dibuat dengan cara bahan-bahan dibakar dalam bekas/cawan muffin sehingga masak. Menu ini amat sesuai untuk vegetarian kerana ia hanya menggunakan sayur-sayuran dan telur sahaja. Serta sedikit mozzarella cheese yang menambah kenikmatan muffin telur tersebut.
Mak Long berkongsikan resepi muffin telur mudah dan sedap di laman Facebook. Anda patut cubakan resepi ini. Masak telur dengan cara yang berbeza dan menarik. Anak-anak dan suami anda gerenti suka menu ini. Selamat mencuba.
Resepi Muffin Telur
Bahan-bahan :
- 6 biji telur gred B,
- ½ biji lada benggala hijau dipotong dadu,
- ½ biji lada benggala merah dipotong dadu,
- Sedikit bunga kobis,
- 1 hingga 2 tangkai daun sup dihiris halus,
- Sedikit garam,
- Sedikit lada hitam,
- Sedikit mozerella cheese.
Cara-cara :
- Mula-mula masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Masukkan sedikit garam dan pukul lagi.
- Kemudian dalam bekas muffin, letak lada benggala hijau dan merah, bunga kubis dan daun sup yang telah dipotong tadi.
- Bubuhkan sedikit serbuk lada hitam.
- Seterusnya taburkan mozarella cheese di atas sayur-sayuran tadi.
- Akhir sekali masukkan telur.
- Panaskan oven dan bakar muffin telur tadi dalam suhu 180°C selama 25 minit atau hingga masak.
- Sedia dihidangkan.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi muffin telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.