Resepi Mee Rebus Terengganu (Sedap Mengancam)

mee rebus terengganu

Sedapnya kalau dapat makan mee rebus terengganu petang ini. Penggemar mee rebus terengganu sila mendekat kerana kami ada resepi mee rebus terengganu lazat.

Jika teringin makan mee rebus terengganu harus datang kedai makan dan beli mee rebus beratur dan harga yang boleh tahan. Atau kena datang terengganu dulu baru boleh makan mee rebus original? Jangan, sudahlah rumah jauh.

Tidak perlu beli di kedai, tidak perlu datang terengganu, cukup buat sendiri di rumah. Resepi mudah dan sedap. Dikongsikan oleh Norashikin Ismail di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Mee Rebus Terengganu

mee rebus terengganu
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Mee kuning 1 bungkus,
  • Ayam potong kecil (guna seefood pun boleh),
  • Telur (ikut suka ingin berapa),
  • Lada hitam 2 sudu kecil* (letak lebih lagi sedap),
  • Bawang merah 3 biji*,
  • Bawang putih 3 ulas*
  • (tumbuk bahan bertanda *),
  • Air secukupnya,
  • Bahan perasa,
  • Air asam jawa sedikit. Rasakan masam-masam pedas, resepi asal tidak letak asam jawa.

Sayur-sayuran :

  • Kobis,
  • Sawi madu,
  • Tomato,
  • Carrot,
  • Cili besar.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk.
  2. Jika sudah naik bau, masukkan ayam @ seafood. Sebatikan semua.
  3. Masukkan air (kena lebih sebab berkuah).
  4. Masukkan segala jenis sayur, air asam jawa.
  5. Perasakan garam gula.
  6. Pecahkan telor sebiji-sebiji. Tidak perlu kacau, tinggal bagi masak telur.
  7. Akhir sekali masukkan mee.
  8. Siap.

Nota :

  • Makan panas-panas. Jangan biar lama nanti kembang. Bila makan lambat asingkan mee dengan kuah celur mee sekejap.
  • Makan sedikit sos cili atau makan dengan cili jeruk perah asam limau sedikit.
  • Makan dengan sambal kicap pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee rebus terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *