Resepi Laksa Thai Kalau Makan Bertambah Tambah!
Laksa Thai merupakan satu lagi resipi yang unik dan lain dari lain. Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti temu lawak, daun ketumbar dan serai. Bahan-bahan seperti ini lazimnya diguna didalam masanakn berasaskan masakan Thailand. Aroma yang kuat sentiasa menjadi identiti masakan Thailand.
Keunikkan ini memberi rasa yang sangat menarik bila dimakan bersama laksa, terutamanya laksa jenis halus samada basah atau kering. Apapun itu terpulang pada anda untuk mencuba bagi menikmati keunikkan masakan laksa Thailand ini.
Resipi ini telah dikongsi oleh Nawal Lope Zainal Abidin , ianya telah mendapat banyak perkongsian dan telah dicuba ramai peminatnya. Jadi selamat mencuba!
Resepi Laksa Thai
Bahan – bahan:
- 6 bawang merah
- 3 bawang putih
- 1 inci halia
- 2 biji kunyit hidup
- 2 ketul finger root (temu kunci)-jika ada
- 2 tangkai ketumbar bersama akar dikisar
- 2 batang serai
- 1 buku lengkuas
- 4 batang cili merah
- 7 batang cili api
- 2 kotak santan
- Gula thai
- Garam
- 4 sudu besar sos ikan
- Isi ikan atau isi ayam
- 2 asam keping
Cara – cara memasak:
- Tumiskan kesemua bahan.
- Masukkan sedikit air dan santan.
- Masukkan ikan/ayam.
- Masukkan garam, gula dan asam.
- Hidangkan bersama kacang panjang, taugeh, daun selasih, salad, daun ketumbar dan timun.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!