Resepi Laksa Johor Pekat Boleh Makan Ramai Ramai

Laksa Johor merupakan hidangan yang sangat popular bukan sahaja di Johor, malah dikenali hampir seantero Malaysia ini. Laksa Johor tidak seperti laksa utara atau laksa yang biasa dita dapati dipasar-sapar atau gerai jalanan. Laksa Johor disediakan menggunakan spagetthi dan kuah yang menarik dan sangat berbeza. Ianya sering mendapat permintaan terutama menjelang hari keraiaan seperti hari terbuka semasa hariraya.

Kelainan yang terdapat dalam laksa Johor ini menyebabkan ia mempunyai peminatnya yang tersendiri, terutama kombinasi spaghetti dengan kuah laksa dan juga bahan-bahan sampingannya.

Perkongsian kali ini datangnya dari Har Ryea dimana ianya telah dikongsi ramai peminat laksa Johor dan bagi anda pula yang suka mencuba resepi baru jangan lupa cuba resepi ini ya!

Resepi Laksa Pekat

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 paket spaghetti
  • 10 – 12 ekor ikan kembong
    (Sebesar tapak tangan, direbus dan diasingkan isi dan tulang. Kisarkan isi dengan sedikit air rebusan. Tulang juga dikisar bersama air rebusan dengan air tapisan. Baki air rebusan diketepikan dahulu)
  • 10 tangkai lada kering*
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • Lengkuas*
    Bahan bertanda (*) dikisar
  • 3 sudu besar rempah kari ikan Babas
  • 2 kotak kecik santan
  • 2 ke 3 sudu besar kerisik
  • 4 ke 5 keping asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan dua bunga dibelah 4
  • Garam dan ajinamoto.

Bahan hiasan (dihiris):

  • Bawang besar
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Lobak asin
  • Daun selasih
  • Daun kesum
  • Limau nipis
  • Sambal belacan.

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, tumis bahan – bahan yang dikisar bersama rempah kari ikan sehingga naik minyak.
  • Masukkan santan, tambahkan air rebusan dan kacau rata.
  • Masukkan isi ikan, tulang ikan yang ditapis dan kacau rata.
  • Masukkan kerisik dan didihkan sebentar.
  • Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau.
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau.
  • Biarkan kuah mendidih dan memekat. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *