Koleksi 10 Resepi Masakan Berkicap Untuk Hidangan Makanan Malam Cepat Siap

Kicap merupakan sejenis bahan masakan yang amat sinonim degan masyarakat kita. Ia diperbuat daripada kacang soya yang telah diperap mengikut tempoh masa tertentu sehingga menghasilkan tekstur dan rasanya yang tersendiri. 

Selain dimakan bersama nasi atau mee ia juga digunakan didalam resepi-resepi pelbagai masyarakat didalam negara kita ini. Walaupun kicap diperkenalkan oleh orang Cina namun bangsa lain tidak kekok untuk menggunakan kicap dalam pelbagai jenis masakan. Berikut adalah 10 resepi yang menggunakan kicap dan sangat seusia dijadikan hidangan diwaktu makan utama.

1) Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap

Antara bahan masakan yang sangat ‘ngam’ dengan kicap ialah ikan tenggiri seperti resepi yang dikongsikan oleh Mimi Nomi Nourmi Amir dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.kali ini. Penyediaannya mudah tetapi sangat sedap sesuai sebagai hidangan makan malam ,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 2 labu bawang besar (mayang bulat)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk pecah)
  • 2@3 ulas lada besar (racik serong)
  • 10 ulas cili akar (ketuk pecah)
  • Ikan tenggiri (goreng dulu)
  • Sebesar ibu jari halia (ketuk pecah)
  • 1sudu besar black pepper sos
  • 1sudu kecik sos tiram
  • 1sudu kecik asam jawa
  • Kicap 4 sudu besar

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan kesemua bahan yang diketuk tadi kedalam minyak lebihan gorengan ikan tadi sehingga wangi.
  2. Masukkan bawang, kicap, sos tiram, sos lada hitam, air dan asam jawa.
  3. Apabila suda menggelegak, masukkan ikan supaya air resap ke ikan itu.
  4. Siap!

2) Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

Resepi ini dikongsikan oleh Salina Saad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Selain dibuat sambal atau dibakar sotong juga amat sedap dimasak menggunakan kicap seperti resepi berikut ini dan ianya sesuai sebagai hidangan makan malam. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan  yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bawamg putih (hiris)
  • Halia (hiris panjang)
  • Rempah kari (agak2 je)
  • Cili kisar (dikisar bersama bawang besar+bawang putih+belacan)

Nota: Satukan rempah kari dan cili kisar, buatkan seperti pes.

  • Bwg besar (hiris bulat)
  • Cili padi hijau/merah (belah dua)
  • Air asam jawa
  • Air sedikit (utk kuah)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Gula
  • Garam (jika perlu)
  • Perasa
  • Sotong (dicuci dan dipotong)

Nota: Rendamkan sotong dengan air asam jawa dan garam sebentar.

Langkah – langkah memasak:

  1. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih dan halia yang dihiris sampai naik bau. Kemudian, masukkan pes rempah kari tadi.
  2. Tumiskan sehingga rempah garing dan pecah minyak.
  3. Apabila bahan rempah sudah garing, masukkan air asam jawa dan air sedikit.
  4. Kemudian, masukkan kesemua sos dan masukkan bersama gula dan perasa. Biarkan kuah mendidih.
  5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sotong tadi dan balik – balikkan supaya sotong masak.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang hiris bulat dan cili padi. Siap!

3) Resepi Ayam Masak Kicap

Seterusnya resepi mudah dan amat menarik ini amat digemari oleh kanak-kanak. Begitu juga dikalangan orang dewasa yang tidak suka makan pedas, anda boleh mencuba resepi ini sendiri menggunakan bahan-bahan seperti berikut.

Bahan utama

  • 300g Isi ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci
  • Cili api 5 batang

Bahan-bahan perasa

  • KIcap manis
  • Kicap masin

Kaedah

  • Sediakan kuali,panaskan minyak dalam satu senduk.
  • Goreng ayam sehingga separuh masak. Jangan terlalu garing.
  • Keluarkan minyak yang berlebihan tetapu ayam itu biarkan dalam kuali yang sama.
  • Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga layu.
  • Masukkan kicap manis sedikit kicap masin. Kadarnya perlu agakkan tukang masak ya.

4) Resepi Daging Masak Kicap

Seterusnya ialah resepi daging kicap ini banyak digunakan didalam kenduri kendara dan amat digemari terutama didalam majlis seperti kenduri kendara. Ini telah dikongsi oleh Iqlima Abu Bakar‎‎ di laman Facebook dimana ia juga sesuai dijadikan hidangan makan malam anda sekeluarga.

Bahan-bahan :

  • Daging direbus sehingga empuk,
  • Kicap lemak manis,
  • Kicap pekat,
  • Kicap masin,
  • Sos tiram,
  • Serai (ketuk),
  • Halia (hiris nipis),
  • Bawang Holland (mayang),
  • Bawang merah (blend),
  • Bawang putih (blend),
  • Buah keras (tumbuk),
  • Cili kering (blend),
  • Rempah empat sekawan,
  • Garam,
  • Gula.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blend dan tumbuk.
  2. Lepas naik bau letak cili blend dan empat sekawan beserta halia dan serai.
  3. Kacau lagi letak kicap dan sos tiram.
  4. Letak daging dan jika suka boleh letak sedikit air rebusan daging tadi.
  5. Bila hampir masak letak bawang Holland, jika suka buleh letak tomato dan lada besar.
  6. Sudah angkat boleh taburkan daun sup atau bawang goreng.

5) Resepi Kicap Pedas Ikan Tenggiri

Resepi berikut ini amat sesuai bagi anda penggemar masakan pedas dan juga manis. Masakan ini menggunakan ikan tenggiri sebagai bahan utamanya,namun anda juga boleh menggunakan ikan lain, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 1 ekor ikan tenggiri – lumur garam kunyit dan goreng

Bahan hiris dan tumis

  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai cili merah
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 tangkai cili padi
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • Garam
  • Kicap manis

Kaedah

  • Mula-mula gorengkan ikan tenggiri hingga garing,ketepikan.
  • Panaskan minyak dan cili kisar dahulu hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris dahulu dan biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap manis hingga mencapai warna hitam yang kita inginkan.
  • Tambahkan sedikit garam jika anda ingin, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Masukkan daun limau purut dan ikan yang telah digoreng. Perlahankan api biarkan sehingga ianya sebati.

6) Resepi Ikan Kembung Goreng Kicap

Selain ikan tenggiri ikan kembung juga sesuai dimasak bersama kicap. Malah ia adalah pilihan terbaik kerana rasanya juga sedap tetapi harganya jauh lebih murah Oleh kerana itu tidak hairanlah ia menjadi kegemaran ramai .

Bahan utama

  • 4 ekor ikan kembong saiz besar

Bahan-bahan

  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili merah, dihiris serong
  • 1 biji cili hijau, dihiris serong
  • 1/4 camca teh cuka makan
  • 5 camca besar kicap lemak manis
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/3 camca serbuk lada sulah
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Kaedah

  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. 
  • Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata. 
  • Kemudian goreng hingga masak, ketepikan.
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  • Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. 
  • Siap untuk dihidangkan.

7) Resepi Daging Goreng Kicap

Resepi yang dikongsikan oleh Mieyza Zulkifli dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya ini sedikit berbeza dengan resepi sebelum ini namun ia juga amat sedap dan amat mudah untuk disediakan dan anda bolehlah mencuba sendiri untuk merasai keunikannya sebagai hidangan makan malam anda.

Bahan – bahan:

  • Daging
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Kicap manis dan masin
  • Sos cili

Bahan hiasan:

  • Cili
  • Bawang dipotong bulat

Cara – cara memasak:

  1. Gaul daging dengan garam dan kunyit.
  2. Masukkan dalam kuali sampai kering air daging. (Air daging automatik akan keluar sendiri bila dah masuk dalam kuali jadi tak perlu tambah air. Daging tetap akan lembut)
  3. Masukkan minyak.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam yang ditumbuk kasar.
  5. Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos cili. Gaul biar bersalut semua sos kicap dengan daging
  6. Tabur bawang atau cili jika suka.

8) Resepi Ayam Kicap Madu

Resepi berikut adalah perkongsian oleh Nor Asikin Rosli dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di laman Facebook.Resepi ini menarik kerana ia adalah resepi ayam yang digabungkan bersama kicap dan madu dan ia bukan sahaja memberi rasa yang sedap tetapi juga warna yang menarik. Ianya amat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah ditemui.

Bahan – bahan:

  • Ayam 7 ketul
  • Cili kering 4 tangkai (tak perlu potong)
  • Madu 2 sudu besar (untuk ayam)
  • Madu 3 sudu besar (untuk kuah)
  • Cili padi 5 tangkai (hiris)
  • Limau nipis 3 biji (jus sahaja)
  • Bawang besar setengah biji (hiris)
  • Serai sebatang (hiris)
  • Bawang putih 3 ulas (hiris)
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Daun limau purut (hiris)
  • Bawang holland setengah biji (hiris)
  • Daun ketumbar (hias)

Cara – cara memasak:

  1. Gaul ayam bersama madu kemudian goreng dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, serai, cili kering dan cili padi sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam gaul sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap dan madu.
  5. Kalau nak berkuah sedikit, boleh tambah air sedikit.
  6. Masukkan jus limau.
  7. Masukkan daun limau dan bawang holland.
  8. Hias dengan daun ketumbar.

9) Resepi Ikan Bilis Kentang Goreng Kicap

Resepi ini amat ringkas tetapi sangat sedap dan Ianya sesuai bagi anda yang kesibukan atau tidak mempunyai masa untuk menyediakan masakan yang sedap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • Segenggam ikan bilis 
  • 2 biji kentang (potong memanjang)
  • 1/2 ulas bawang besar 
  • 10 ulas cili api (belah 2)
  • Kicap ( ikut tahap hitam yang disukai)

Kaedah

  • Mula-mula goreng ikan bilis hingga garing dan tos minyaknya, ketepikan.
  • Goreng kentang yang telah dipotong-potong memanjang, ketepikan.
  • Dalam kuali tumis bawang besar hingga layu.
  • Masukkan cili api yang telah dihiris dan kacau.
  • Masukkan sedikit kicap dan kacau lagi agar kicap tidak terkaramel.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang.
  • Tutup api, sedia untuk disediakan.

10) Resepi Ayam Masak Kicap Santan

Resepi terakhir didalam koleksi merupakan perkongsian oleh Siti Rohayu di laman sosial Facebook miliknya.Ianya amat unik kerana ia adalah gabungan antara masakan kicap dan juga santan.Ia adalah sejenis masakan berkuah yang sangat untuk hidangan sekeluarga.  Bagi anda yang tertanya apalah rasanya apakata anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan – bahan:

  • Lada Hitam
  • Jintan
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lada kecil
  • Santan 1/2 kotak
  • Kentang (digoreng dahulu)
  • Ayam (digoreng dahulu)
  • Kicap

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*). Pastikan ianya tidak terlalu lumat.
  2. Tumis bahan yang telahpun dikisar.
  3. Masukkan lada kecil yang telah dibelah dua.
  4. Masukkan ayam bersama dengan kentang yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan santan.
  6. Anda juga boleh kalau nak masukkan bawang yang telah dipotong bulat

Itulah dia 10 resepi menggunakan kicap yang telah dicuba dan ternyata amat sedap walaupun bahan yang digunakan ringkas dan teknik masakan yang mudah.Sebab itulah ia sesuai dihidang diwaktu makan malam, dimana biasanya lauk yang dimasak itu cukup-cukup untuk seisi keluarga .Kicap walaupun hitam namun mempunyai kuasa menambah rasa dan keenakan didalam masakan. Usah risau akan kulit yang makin hitam kerana makan kicap anda tidak akan bertambah gelap! Selamat mencuba!

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *