5 Resepi Kek Sarang Semut Guna Pelbagai Cara
Kek sarang semut atau dikenali juga sebagai kek gula hangus ini merupakan kek legend. Memang menjadi all time favourite orang kata. Jarang dah kita nampak kedai yang menjual kek sarang semut ini kan?
Kek sarang semut ini juga tekstur dia kenyal dan rasa tidak terlalu manis membuatkannya menjadi pilihan ramai untuk menjadikannya sebagai pencuci mulut.
Rupa kek ini juga perlu lah gelap sedikit dan mempunyai banyak rongga. Agak rumit untuk membuatnya perlu ada penuh kesabaran untuk mendapatkan rongga pada kek ini. Kami kongsikan resepi ini untuk anda.
Resepi Kek Sarang Semut Guna Periuk
Kalau anda tiada alatan pengukus atau oven jangan risau, anda masih boleh membuat kek sarang semut ini dengan memasaknya di atas dapur gas sahaja. Rasa dan tekstur masih kekal sama. Orang kata nak membaking kena kreatif kan? Jom baca resepi melalui perkongsian di Facebook oleh Hanizah Ahmad Sabar.
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 1/2 cwn susu pekat manis
- 1 sdu teh serbuk vanila kacau rata sampai berbuih guna sudu
- 1cwn tpung gndum jangan penuh sangat
- 2 sudu mkn tepung ubi
- 1 sudu soda bikorbonat kacau rata
Cara Penyediaan
- Masak satu cawan gula sampai warna perang dah perang masukan air satu cawan.
- Kacau sampai larut dah suam tuang dalam adunan tadi.
- Kacau cairkan planta atau marjrine, tiga sudu campur dua sudu minyak masak.
- Sejukkan dulu gaul semuanya tapis dan bakar.
Resepi Kek Sarang Semut
Kek sarang semut ini lagi banyak rongga dia lagi sedap dan kenyal tekstur kek ini. Apa yang menariknya tak ramai yang boleh lihat lama-lama rongga pada kek ini, fobia jadinya. Jom baca perkongsian resepi ini dari Cik Yatie.
Bahan-bahan
- 3sdu plnta
- 1cwn gula
- 1cwn air pnas
- mak smpai karamel
- 1cwn tpung
- ½sudu soda
- 1cwn susu
- 4bji tlur B
- 1sdu esen vanila
Cara Penyediaan
- Putar dengan whisk sahaja.
- Bakar Api bawah 45mnit, 15mnit api atas.
Resepi Kek Sarang Semut (Tanpa Perap)
Resepi tanpa perap ini juga mudah nak buat, tak ambil masa yang lama nak buat. Hasilnya juga sama cantik dan rasa yang sama, paling penting rongga pada kek juga banyak. Jom baca resepi oleh Nina Mahdar di Facebook.
Bahan-bahan
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan mentega – di cairkan
- 3 biji telur – gred A
- 1 sk esen vanila
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan tepung
- 1 sk soda bikarbonat
Cara Penyediaan
- Cairkan gula sehingga kelihatan perang.
- Masukkan air panas dan kacau rata sehingga gula benar2 larut.
- Ketepikan cairkan mentega dan ketepikan kacau telur, susu pekat dan esen vanila menggunakan whisk.
- Kacau rata sehingga sebati. Kemudian masukkan mentega cair tadi, satukan bikarbonat kedalam tepung dan ayak.
- Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata akhir sekali tuang gula hangus tadi.
- Kacau sehingga adunan tidak berketul. Boleh di tapis tuang ke dalam loyang.
- Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 170’c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
Resepi Kek Sarang Semut Kukus
Kalau anda tiada alat untuk membakar kek, tidak mengapa anda boleh memasaknya dengan cara mngukus. Hasilnya akan tampak lembik lembut dan kenyal. Memang sedap. Resepi secara kukus ini oleh Cik Puan NoorIs.
Bahan-bahan
- 2 cawan gula.
- 2 sudu besar mentega
- 2 cawan air panas2 cawan tepung gandum
- 1 sudu bsr baking soda
- 1 sudu kecil baking powder
- 8biji telur gred B
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat
Bahan A: buat gula hangus
- 2 cawan gula dimasak atas api perlahan
- Biarkan gula mencair.
- Gula dah cair sepenuhnya, warna bertukar perang tua, masukkan 2 cawan air panas. Kacau sampi larut @ air sebati bersma gula
- Masukkan mentega sampi mentega larut. Tutup api dan ketepikan sebentar @ biarkan suam sikit
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1sb baking soda
- 1sk baking powder
- Bahan ini diayak bersama
Bahan C
- 8biji telur gred B
- 1 sudu kecik esen vanilla pukul telur smpi kembang
- Masukkan 1/2 cawan susu pekat
Cara Penyediaan
- Campurkan bahan B kedalam bahan C sikit-sikit, gaul smpi habis. Akhir sekali masukkqn semua bahan A tadi. Kacau sebati.
- Masukkan dalam loyang yanf di sapu mentega atau alas kan dgn kertas minyak.. Make sure tapis takut ada tepung yang tak sekata. Kikus selama 45 minit ke sejam atas api sederhana.
- Nak tau masak ke tak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi keluar bersih maksudnya dah masam.
Resepi Kek Sarang Semut Rice Cooker
Satu lagi cara untuk membuat kek sarang semut kalau anda tiada pengukus atau oven di rumah. Anda boleh gunakan cara memasak kek ini dengan rice cooker yang dikongsikan oleh Nurazah Hamidon ini. Sangat mudah dan menyenangkan!
Bahan-bahan
- Gula 1 cawan
- Air 1 cawan
- Mentega 1/2 cawan
- Telur 4 biji
- Susu pekat manis 1/2 cawanT
- Tepung gnndum 1 cawan
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara Penyediaan
- Masak gula atas pan sampai keperangan then, masukkan air sedikit demi sedikit sampai sebati. (Hati-hati sebab masa letak air, ia terpercik)
- Lepas sebati, masukkan mentega kacau sampai sebati (boleh marjerin / butter) sudah sebati. Tutup api.
- Bancuhan lain, Ooeh kerana takde hand mixer, guna nlender. Blend telur campur susu pekat manis.
- Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kemudian campur gula perang yang dah suam tadi. Make sure ia masih suam.
- Kacau sebati. Rehatkan bancuhan tadi selama 1 – 2 jam. Tuangkan/ tapis bahan tadi ke dalam acuan yang dah dioles dengan menteg. Boleh bakar@dikukus.
- Bila dah naik bau cucuk dengan lidi or garpu kalau tak melekat dah masak. Done.
Resepi Menarik Yang Lain
Resepi yang kami kongsikan ini boleh di jadikan sebagai menu minum petang, lawan pula dengan secawan kopi memang ngam. Banyak lagi resepi menarik yang kami sediakan untuk anda jadikan sebagai rujukan. Terima kasih kerana sudi membaca.