Resepi Kek Pandan Ogura Sedap Semua Orang Suka
Kek Ogura ialah sejenis kek chiffon yang amat digemari kerana keenakkan dan kelembutannya. Penyediaannya juga tidak banyak berbeza berbanding kek chiffon kerana anatra bahan-bahan digunakan ialah tepung, gula, telur dan bagi resepi kali ini ia menggunakan perisa pandan. Manakala cara membakar ia juga tidak banyak berbeza.
Perbezaan ketara barangkali kek ogura berbanding kek chiffon ialah ia menggunakan loyang empat segi dan bukannya loyang chiffon yang biasa digunakan. Namun rasanya amat sedap dan wajarlah dicuba!
Resipi ini telah dikongsi Nor Al Fatihah dimedia sosial dimana ia telah mendapat banyak perkongsian oleh peminat-peminat kek lembut seperti kek ogura ini.
Resepi Kek Pandan Ogura
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 7 biji kuning telur gred A
- 2 biji telur gred A (putih & kuning)
- 1/3 cawan jus pandan
(kisar air dengan 3 helai daun pandan) - 1/3 cawan minyak masak
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung kek (self raising) – di ayak
- Pewarna hijau epal
Bahan B:
- 7 biji putih telur gred A
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 sudu teh cream of tartar
Cara – cara memasak:
- Pukul telur dengan menggunakan whisk hingga berbuih. Kemudian, campur jus pandan, minyak, santan & pewarna hijau. Kacau rata
- Masukkan tepung & kacau lagi hingga sebati & tidak berbintil – bintil. Ketepikan dulu.
- Meringue ~ Pukul putih telur hingga berbuih dengan hand mixer dengan medium speed. Kemudian, tambah cream of tartar. Pukul rata
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul dgn high speed hingga kental & bertanduk (stiff peak) bila terbalikkan mangkuk adunan ia x akan jatuh
- Campur meringue ke dalam adunan A tadi secara 3 peringkat sambil di kaup balik perlahan-lahan dengan whisk @ spatula hingga rata
- Lapik loyang saiz 10 inci dgn baking paper. Tuang adunan. Tinggalkan sedikit dlm 2-3 sudu besar untuk buat corak di atas kek
- Campur sedikit lagi pewarna hijau ke dalam adunan corak. Kemudian, dot-dot kan dengan sudu di atas kek & tarik dgn pencungkil gigi di tengahnya mjadi corak seperti daun
- Hentakkan loyang 2-3x supaya tiada lubang udara di dalam kek setelah bakar nanti
- Letak loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Tuang air panas hingga 1/4 dari aras loyang kek – teknik water bath.
- Bakar pada suhu 150•c selama 1 jam api atas bawah
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.