10 Resepi Kek Coklat Bikin Ketagih
Kek yang paling ramai orang minat adalah kek coklat kan? Bukan mak ayah sahaja yang suka malah anak-anak pun suka. Sebut kek coklat pasti anda terbayangkan topping coklat ganache yang meleleh di atas kek memang mengundang.
Resepi kali ini kami nak kongsikan pelbagai jenis kek coklat yang ada sekarang. Kalau anda nak tahu kek coklat ini boleh di masak dengan pelbagai jenis cara antaranya ialah secara kukus dan bakar. Kalau anda tak sabar jom baca koleksi resepi kek coklat ini.
Resepi Kek Coklat Cheese Kukus
Gabungan cheese dan coklat memang tak boleh dinafikan lagi. Jika anda penggemar cheese anda wajib cuba resepi dari Nuralia Idayu.
Bahan-bahan
Bahan untuk kek
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan fresh milk/susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Bahan untuk lapisan cheese
- 250gram cheese (sy guna brand Tatura)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3-4 sudu besar gula
Cara Penyediaan
Step adunan cheese
- Putarkan cheese sampai lembut.
- Masukkan telur + tepung gandum + gula. Mix sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Letak tepi.
Step kek
- Pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.
- Kemudian masukkan susu pekat & minyak.
- Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
- Masukkan fresh milk + air sikit-sikit, gaul perlahan biar sebati baru putar guna mixer.
- Agihkan dalam bekas lompang untuk 1st layer (coklat), anggaran sukatan dalam 2 sudu besar. Kukus 5 minit.
- Buka penutup pengukus, agihkan second layer (cheese). Tak perlu angkat bekas dari pengukus. Sambung kukus 5 minit.
- Agihkan 3rd layer (coklat), sama juga tak perlu angkat dari bekas pengukus. Sambung kukus selama 20 minit.
- Tutup api, sejukkan dulu kek, kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias ikut suka.
Resepi Kek Coklat Moist Viral
Dulu pernah viral kek coklat moist topping coklat ganache ini. Memang ramai bakers yang cuba buat dan jual. Jom cuba resepi dari Mastura Razali.
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 ¼ cwn tepung gandum
- 1 cwn serbuk koko
- 1 sk baking powder
- 1 sk soda bikarbonat
- Secubit garam
(Ayak bersama bahan ini)
Bahan B
- 3 bj telur A
- 1 cwn gula kastor
- 1 sk creamy vanilla @ blh di ganti dgn esen vanilla
- 1/2 cwn susu pekat
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn minyak jagung/minyak masak
Cara Penyediaan
- Mix telur,gula & creamy vanila sampai agak berbuih kemudian matikan mixer.
- Masukkan susu pekat kacau sebati guna spatula.
- Kemudian masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
- Masukkan susu cair & minyak jagung sebatikan semua bahan bersama masukkan dalam loyang guna loyang saiz 8.
- Bakar suhu 130 selama 1jam @ bergantung pada oven masing-masing.
Bahan ganache
- 200ml whipping cream
- 220g dark chocolate coin
- 1 sb butter
Cara Penyediaan
- Double boil bahan atas kemudian tuang atas kek tadi dan boleh sejukkan dalam peti ais 4,5 jam @ semalaman.
Tips
- Dalam bahan ayak tadi boleh masukkan 1sk serbuk nescafe kalau suka bau aroma kek tu lain mcm sikit bila bakar
- Untuk menaikkan rasa ganache boleh masukkan 1 sk creamy vanilla masa double boil bahan ganache
- Keluarkan kek dari peti sejuk, biarkan pada suhu bilik sekejap kemudian baru potong kek untuk memudahkan guna pisau panjang yang di celup air panas kemudian lap pisau dan tisu & terus potong kek ulangi langkah yang sama setiap kali potong kek tujuan dia supaya kek terpotong elok nampak kemas
Resepi Kek Coklat Moist Legend
Resepi ini adalah kek coklat yang legend. Mak-Nor Misnormak kita cukup suka kan buat kek coklat mudah macam ini? Resepi mudah ini dari Nor Misnor.
Bahan-bahan
- 3 biji telur(gred B)
- 1 cwn serbuk koko
- 1 cwn gula
- 1 cwn minyak masak
- 1 cwn susu cair
- 3/4 cwn susu pekat
- Secubit garam
Cara Penyediaan
- Masukkn semua bahan dalam blender blend kan dalam 2 minit.
- Satu setengah cawan tepung berserbuk penaik @ tepung kek ayakkan.
- Nak guna tepung gandum pun boleh masukkan 1 sudu makan baking powder dan 1 sudu teh soda.
- Campurkan tepung dalam bahan blender .Kacau sebati sebelum itu panaskan pengukus.
- Masukkan adunan dalam loyang saiz 9.
- Kukus dalam 50 minit dan siap,
- Dah sejuk boleh topping kan.
Bahan topping
- 300g beryls dark coklat
- 200 ml whipping cream
- 1 sudu butter
Cara Penyediaan
- Masakkan guna kaedah double boil.
Resepi Kek Coklat (Sebiji telur)
Kalau ada sebiji telur sahaja di dapur tapi craving nak makan kek coklat, anda boleh cuba resepi dari Arin Yin ini. Bahan tambahan lain pulak beliau letak serbuk kopi untuk menyedapkan lagi kek coklat ini.
Bahan-bahan
- 1½ cwn tpg gandum
- ½ cwn serbuk koko
- ½ sk soda bikabonat
- ½ sk baking powder
- ½ sk serbuk kopi
- 2 cubit garam
** ayak semua bahan di atas
- 3 sb majerin (dicairkan)
- ¾ cwn gula
- 1 cwn susu cair
- 1 bj telur (saiz B)
Cara Penyediaan
- Campur semua bahan di atas dengan bahan ayak kacau guna whisk.
- Bila sebati masuk dalam loyang ak perlu hentak kalau suka tekstur kek berderai macam ini kukus 30minit.
Bahan Topping
- 1 cwn coklat coin beryl’s (recommended)
- ½ cwn susu cair
- 1 sb majerin
- 2 cubit serbuk kopi
- 2 cubit garam
Cara Penyediaan
- Cairkan atas api kecil sampai sebati dah sejuk sikit, baru tuang atas kek.
Resepi Kek Coklat (Versi Bakar)
Kalau anda tak ada pengulus tak apa jangan risau anda boleh gunakan kaedah membakar kek coklat ini. Mungkin tekstur berbeza tapi rasa tetap sama. Resepi ini dari Norzita Jamil.
Bahan-bahan
Bahan A
- 1cawan serbuk koko
- 1cawan susu fresh milk
- 1cawan susu pekat
- 1cawan minyak masak
- 1cawan gula
Bahan B
- 1cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 sudu teh garam
**ayak
Bahan C
- Telur 2 biji gred A
**pukul manja
Cara Penyediaan
- Campur kesemua bahan A panaskan atas api kacau hingga larut sebati.
- Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A gaul sebati.
- Bakar suhu 175 kaedah waterbath 50 minit atau sehingga masak.
- Loyang 8 inci.
Resepi Kek Marble Coklat Emulco
Kalau anda minat dengan kek marble, anda boleh cuba resepi dari Hajah Zainab Bt Mawan ini dalam versi coklat, memang semerbak baunya!
Bahan-bahan
- Telur B – 4 bji
- Gula castor – 100grm
- Susu pekat – 100grm
- Ovellet – 35grm
- Esen vanilla – 1 sb
- Susu segar 70ml
- 2 SuduB coklat emulco
Cara Penyediaan
- Pukul hgga kembang dalam 10minit.
- Guna loyang size 7.
- Masukkan tepung bluekey 220gram mix laju 10minit lagi.
- Dan yang terakhir masukkan planta/butter 100 gram (telah dicairkan). Putar kejap.
- Adunan dibahagi 2. Satu adunan yang biasa dan 1 lagi dikacau dengan 2 sudu coklat elmuco masukan adunan beselang seli dalam loyang dan dilorek
- Bakar 140°c 1 jam 10 minit,supaya kek naik cantik gebu.
Kek Coklat Kukus (Sukatan Cawan)
Resepi kek coklat ini sangat mudah, menggunakan sukatan cawan. Sesuai untuk beginner yang nak mula buat kek coklat, Resepi ini dari Jalilah JJ Homemade.
Bahan-bahan
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam.
Bahan Topping untuk Kek Coklat Kukus
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 sudu makan serbuk koko
- 2 sudu mentega
Cara Penyediaan
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut.
- Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
Resepi Kek Lava Coklat Moist
Kalau anda tak suka kek yang terlalu manis anda boleh cuba resepi dari Mariana Zainal ini. Rasa kek ini tidak terlalu manis tapi masih lembap.
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 cawan gula kastor(gula pasir yang dah dikisar pun boleh)
- 1 cawan minyak jagung(minyak masak pun boleh)
- 3/4 cawan serbuk koko
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan susu cair
(satukan semua ini dalam periuk dan masak sekejap agak periuk panas dah ok kacau sampai gula larut)
Bahan B
- 2 biji telur gred A
- 1 sdt esen vanilla
(blend 2 bahan 2-3 mnt)
Bahan C
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sdt baking soda
- 1 sdt baking powder
Cara Penyediaan
- Panaskan kukusan hingga air mendidih api sederhana perlahan..
- Gris nipis loyang saiz 7@8 guna mentega dan tabur sedikit tepung(supaya kek yang dah masak tak melekat pada loyang saiz bila terbalikkan nanti),
- Sapu mentega atau minyak dan tabur sedikit tepung.
- Satukan bahan A dan bahan B kacau sebati. Masukkan pula bahan C dan kacau sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang@acuan kukus 1 jam (loyang saiz 6 inci 35-40mnt).
Bahan Ganache LAVA CAKE
- 300g dark choc
- 175gram whipping cream non-dairy
- 95g susu cair
Cara Penyediaan
- Masak secara double boiler kacau guna whisk dah elok cair dan sebati tutup api.
- Biarkan betul sejuk.
Resepi Kek Coklat Karamel
Kek coklat karamel merupakan gabungan kek coklat dan puding karamel. Tekstur manis karamel dan coklat memang sesuai. Makan pula waktu sejuk sungguh menyelerakan. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Al Fatihah T-hah.
Bahan-bahan
Bahan karamel
- 2 sudu besar gula pasir
Bahan Puding
- 4 biji telur gred A atau B
- 1 tin (390 gm) susu cair
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan Kek
- 1/2 cawan serbuk koko*
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1/2 cawan susu cair*
- 1/2 cawan susu pekat*
- 1/2 cawan minyak masak*
~bahan2 bertanda * di masak atas api hingga gula larut & berkilat
- 3 biji telur gred A atau B
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan tepung gandum*
- 1/2 sudu teh serbuk penaik*
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
(bahan2 bertanda * di ayak bersama)
Cara Penyediaan
Karamel
- Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm).
- Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.
Puding
- Satukan semua bahan2, iaitu telur, susu cair, susu pekat & esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati.
- Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau ia adalah perkara biasa..
- Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat & biarkan 10 minit.
Kek
- Satukan semua bahan bertanda * iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat & minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak diatas api kecil hingga gula larut & adunan berkilat. Angkat & biarkan suam seketika
- Pukul telur & esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah di masak tadi. Kacau sebati
- Ayak tepung, serbuk penaik & soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.
- Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan ke atas puding.
- Kukus di dalam pengukus yg telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.
- Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek & terbalikkan perlahan
- Potong & hidangkan sejuk dari peti ais.
Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan
Satu lagi resepi kek coklat gabungan bersama pisang memang menyelerakan. Kek ini sesuai dengan nama diberi kayangan kerana menggunakan bahan premium dalam hidangan ini. Resepi ini dari Suhasnida Ismail.
Bahan-bahan
- 4 biji pisang
- 1/2 cawan susu full cream/fresh
- 1/2 sudu makan cuka
- 120g soft brown sugar
- 115g mentega
- 160g tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 25g serbuk koko
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan hiasan
- .Walnut/badam yang dibakar
- Chocolate chips
Cara Penyediaan
- Lenyekkan pisang.
- Campurkan susu dgn cuka utk jadikan ia buttermilk. Biarkan seketika dalam 10min
- Cairkan mentega.
- Campurkan susu dan gula. Godek dan masukkan mentega.
- Ayakkan tepung, soda bikarbonat dan koko. Masukkan ke dalam adunan tadi.
- Masukkan garam dan pisang.
- Masukkan 2 genggam coklat chips dan segenggam walnut *jika mahu kekacang
- Taburkan diatas kek tadi lebihan coklat dan kekacang
- Bakar pada suhu 150c, 45 min / sehingga kek masak. Saya guna loyang 7 inci.
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi selain dari kek yang ada di laman web kami. Jangan lupa baca untuk resepi menarik yang lain. Terima kasih kerana telah singgah di sini!