Resepi Kek Coklat Lava ( Simple Tapi Sedap)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dijadikan sebagai pencuci mulut. Ia sangat popular di kalangan peminat pastri coklat. Sedikit kisah menarik tentang sejarah kek lava ini. Kek ini telah dicipta secara tidak sengaja oleh seorang chef di New York sekitar tahun 80an. Ianya berlaku ketika beliau secara tidak sengaja telah mengeluarkan kek coklatnya dari oven sebelum ianya masak. Apa yang berlaku selepas itu hanyalah sejarah, kerana kek lava ini mulai popular di seluruh dunia.
Namun versi yang Madam akan bawakan hari ini ialah versi yang lebih mudah. Ini kerana keknya akan dikukus sehingga masak sepenuhnya. Kemudian coklat cair akan dituang didalamnya. Dengan cara ini kek ini lebih sesuai untuk dhidang apabila anda tidak dapat menhidangkannya ketika ia masih panas. Contohnya ketika didalam majlis yang berjauhan dari rumah anda. Baiklah mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Kek Coklat Lava (Versi Mudah)
Bahan-bahan
A
- 2 cwn tepung gandum
- 3/4 cwn serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikabonat
B
- 1/2 cwn gula kastor
- 4 biji telur
- 1 cawan minyak masak
- ½ susu manis
- 1 ½ cawan air panas mendidih
Topping
- 100gram coklat gelap (dark chocolate)
- 100g krim masakan/susu cair (whipped cream )
Kaedah
- Panaskan pengukus dan sediakan acuan yang sesuai yang bersaiz 8”.
- Mula-mula ayakkan bahan-bahan A, kemudian tambahkan bahan B satu persatu dimulai dengan gula dan diakhir dengan air panas mendidih.
- Kacau semua bahan sebati sebelum menambahkan bahan lain.
- Masukkan kedalam acuan yang telah disediakan tadi.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak.
- Sementara menunggu kek masak, sediakan topping pula.
- Cairkan coklat dengan teknik double boil, kemudian masukkan susu cair.
- Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi sebati.
- Apabila kek telah masak, tuang choc topping tadi dibahagian tengah.
- Taburkan koko dibahagian atas sebagai hiasan.
- Apabila dipotong, coklat akan mengalir keluar seperti lava.
- Siap.
Coklat yang cair dibahagian tengah ini akan mengalir keluar ketika anda memotongnya. Bergantung pada jenis coklat yang digunakan ia akan menghasilkan rasa coklat yang sangat mengasyikkan. Paling sedap dinikmati ketika panas, namun ketika ia sejuk juga masih sedap.
Oleh itu bagi anda yang ingin mencari kelainan dalam pembuatan manisan dan pencuci mulut, bolehlah mencuba resepi ini, kerana anda pasti suka akan rasa coklat cairnya.
Resepi – resepi lain yang boleh dicuba
Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
R