5 Resepi Ikan Terubuk Rasa Masin Tapi Cukup Menyelerakan

Ikan terubuk adalah sejenis ikan laut yang banyak terdapat di perairan Malaysia, terutama di kawasan Sarawak. Ikan terubuk masin adalah ikan terubuk yang telah diawet dengan garam, menjadikannya lebih tahan lama dan memberikan rasa yang lebih kuat dan masin.

Proses pembuatan ikan terubuk masin melibatkan membersihkan ikan terubuk, merendam atau menyapu garam ke seluruh bahagian ikan, dan kemudian menyimpannya untuk beberapa waktu sehingga ikan menjadi kering dan masin. Ikan ini boleh disimpan untuk tempoh yang lama kerana kandungan garam yang membantu mengawetnya.

Ikan terubuk masin biasanya dimasak dengan cara menggoreng atau dibakar, dan dihidangkan bersama nasi serta sambal atau ulam. Ia sangat popular sebagai di Sarawak, dan juga dijadikan buah tangan ketika berkunjung disana.

1. Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Baca nama resepi pun sudah cukup menggambarkan betapa nikmatnyaikan terubuk masin ini. Resepi dari Juma Natull ini cukup enak, apabila ikan masin terubuk ini dimasak dengan cili api.

Bahan-bahan

  • Ikan masin-( terubuk,talang,duri dan yang sewaktu dengannya)
  • Air asam jawa/ asam keping
  • Bawang besar – dihiris
  • Cili besar merah – dihiris
  • Tomato- dibelah 4
  • Gula dan serbuk perasa

Bahan ditumbuk kasar

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi merah/ hijau

Cara penyediaan

  1. Ikan terubuk masin dipotong mgikut saiz yang kita nak dan rendam setengah jam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit.
  7. Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.

2. Resepi Ikan Terubuk Masin

Resepi ikan terubuk masin paling mudah. Goreng sekejap cili api dan bawang, dan picit limau sebagai pelengkap hidangan. Kecur dah kan air liur resepi dari Nurul Aida Mahat.

Bahan-bahan

  • Ikan terubuk masin
  • minyak msk (2sudu makan)
  • cili (potong)
  • bawang besar (hiris hiris)
  • Limau sambal

Cara penyediaan

  1. Goreng ikan masin tak perlu buang sisik sampai garing.
  2. Angkat, kemudian letak dalam pinggan dan goreng cili dan bawang shingga agak layu.
  3. Kemudian angkat dan taburkan di atas ikan masin. Last sekali potong limau dan perahkan.

3. Resepi Ikan Terubuk Masin Goreng Tepung

Selain dari goreng biasa, ikan terubuk masin juga boleh digoreng bersama tepung segera. Masih mengekalkan rasa kerangupan ikan ini. Resepi dari Dalila Amli.

Bahan-bahan

  • Ikan terubuk masin dipotong kecil
  • Tepung kentucky
  • Minyak

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sadurkan ikan terubuk masin dengan tepung kentucky.
  3. Goreng ikan terubuk masin tersebut.
  4. Agak dah nampak garing, boleh angkat dan hidangkan.

4. Resepi Ikan Masik Lemak Cili Api Nenas

Ikan terubuk masin juga sesuai dimasak berkuah. Resepi terubuk masin bersama kuah cili api nenas ini memang menggiukan. Resepi dari Adryna Food Paradise.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan terubuk masin – bersihkan sisiknya dan rendam untuk kurangkan rasa masinnya.
  • 2 keping asam gelugor – (boleh juga kalau ganti dengan buah nenas)
  • 1 kotak kecil santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun kunyit – buang tulang tengah dan hiris halus
  • 2 batang serai – dititik
  • Nenas dipotong bersih
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan tumbuk lumat

  • 25 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas

Cara penyediaan

  1. Masukkan bahan tumbuk dan serai dalam periuk. Masukkan sedikit air. Masak atas api hingga airnya kering.
  2. Masukkan santan, 1 cawan air, ikan terubuk, daun kunyit dan asam gelugor. Masak guna api perlahan hingga mendidih. Sering dikacau supaya tidak pecah lemak.
  3. Rasa masinnya dahulu kerana ikan terubuk ni dah masin. Jika kurang masinnya, baru masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
  4. Masukkan nenas .
  5. Tutup api dan hidangkan.

5. Resepi Asam Pedas Ikan Terubuk

Resepi asam pedas ikan terubuk ini juga tak kurang hebatnya. Gabungan ikan masin terubuk dan asam pedas menaikkan lagi aroma hidangan ini. Resepi dari Siti Khalijah Halid.

Bahan-bahan

  • Cili kering segenggam-gunting halus dan rebus
  • Bawang besar 2 biji/bawang ros merah 10 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia seinci
  • Kunyit hidup seinci/serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • Belacan seinci

*Blenderkan bahan kesemua diatas sehingga lumat

  • Daun limau purut 3-5 helai
  • Daun kesum segenggam
  • Daun kari 2-3 tangkai dilurut-optional
  • Serai 3 btg dititik-optional
  • Bunga kantan
  • Lada hitam sesudu besar ditumbuk halus-optional
  • Gula merah serbuk-1 sudu besar-optional
  • Garam& secukup rasa
  • Air asam jawa besar bola pingpong-bancuh pekat
  • Minyak untuk menumis
  • Lada putih serbuk satu sudu kecil-optional
  • Air secukupnya
  • Bendi/terung/tomato/kacang panjang

Cara penyediaan

  1. Panaskan kuali/periuk dengan minyak letak daun kari dan serai.Tumiskan bahan blender minyak biar lebih supaya cili masak dan garing dengan sempurna bila bertakung boleh buang lebihan minyak nanti.
  2. Apabila sambal tu dah naik minyak dan garing, masukkan air asam jawa dan air sikit.
  3. Letak garam, perasa, gula merah, lada hitam, lada sulah.
  4. Dah mendidih, baru masukkan ikan masuk selepas sambal garing/daging-rebus empuk dulu beserta sayur-sayuran.
  5. biarkan mereneh dengan api yang besar dalam 5-8 minit dan siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang ada disini dan anda boleh jadikan sebagai rujukan kelak. Terima kasih kerana telah singgan di laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *