Resepi Daging Goreng Kicap Pedas (Idea Makan Tengahari!)

Daging goreng kicap merupakan hidangan yang paling mudah, paling sedap serta disukai oleh ramai orang. Cara pembuatannya tidak renyah serta bahannya juga mudah didapati.

Selalunya, daging goreng kicap didapati dikedai makan tengahari sekitar kita. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menyediakannya sendiri, pasti lebih sedap, lebih menyelerakan!

Resepi ini dikongsikan oleh Mieyza Zulkifli dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Daging Goreng Kicap Pedas

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Kicap manis dan masin
  • Sos cili

Bahan hiasan:

  • Cili
  • Bawang dipotong bulat

Cara – cara memasak:

  1. Gaul daging dengan garam dan kunyit.
  2. Masukkan dalam kuali sampai kering air daging. (Air daging automatik akan keluar sendiri bila dah masuk dalam kuali jadi tak perlu tambah air. Daging tetap akan lembut)
  3. Masukkan minyak.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam yang ditumbuk kasar.
  5. Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos cili. Gaul biar bersalut semua sos kicap dengan daging
  6. Tabur bawang atau cili jika suka.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *