Cekodok dibuat dengan bahan asas tepung dan biasanya mempunyai tekstur yang lembut di dalam dan rangup di luar. Cekodok juga dikenali sebagai jemput-jemput di sesetengah tempat. Bentuknya bulat kecil dan digoreng dalam minyak panas.
Cekodok juga boleh diubah suai mengikut citarasa, contohnya dengan menambah kelapa parut atau gula merah untuk rasa yang lebih unik. Cekodok biasanya dinikmati sebagai sarapan pagi atau minum petang kerana mudah disediakan dan rasanya yang enak serta mengenyangkan.
1. Resepi Cekodok Pisang
Kalau ada lebihan pisang memang wajib buat cekodok pisang. Dapat pula tekstur yang sedikit gelap dan rangup memang nikmat. Resepi dari Liya ErLiza.
Bahan-bahan
- Pisang masak ranum
- Gula
- Tepung gandum
- Tepung jagung (optional)
- Soda bikarbonat (hujung sudu kecil)
- Baking powder (hujung sudu kecil)
Cara penyediaan
- Lenyek pisang.
- Campur semua bahan, gaul sampai sebati.
- Dah siap semua boleh jemputkan dalam minyak panas.
- Tips tak nak bagi serap minyak, bila minyak dah panas, kecilkan api dulu baru jemputkan cekodok, jemput sampai penuh kuali, baru besarkan semula api tahap sederhana kacau cekodok 2-3min sekali.
2. Resepi Cekodok Manis
Kalau mencari idea sarapan pagi anda boleh cuba resepi cekodok manis ini. Bulat dan rasa manis memang menarik perhatian kanak-kanak. Resepi dari Sha Zara.
Bahan-bahan
- 2cwn tpung gandum
- 1sk baking powder
- 1sk soda bikarbonat
- 1sk yis mauripan
- 4@5 sb gula
- 1/2 sk garam
- 1biji telor
- 1sk planta
- Air secukupnya
Cara penyediaan
- Campur semua sekali gaul sebati, jangan trlampau lembik sangat adunan.
- Perap 5@10 minit baru goreng.
3. Resepi Cekodok Ikan Bilis
Nak buat cekodok ikan bilis ada pelbagai cara. Antaranya anda boleh kisar ikan bilis terlebih dahulu atau campurkan terus bersama tepung. Resepi ini dari Aya Mohd Akid.
Bahan-bahan
- 2 cwn tpg gandum
- 2 cwn air panas
- 1 st rata garam halus
- 1/2 kiub pati ayam (optional)
- Ikan bilis tumbuk kasar
- 1/2 biji bwg besar potong dadu
- Sedikit daun sup hiris
Cara penyediaan
- Gaul sebati semua bahan dan boleh goreng.
4. Resepi Cucur Kelapa
Cekodok kelapa oleh Love Nor Hadzari sangat sedap dan ada tekstur kelapa yang lemak. Campuran kelapa parut bersama tepung dan gula ini memang sesuai.
Bahan-bahan
- 1 cawan kelapa parut
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam – larutkan dalam air jadi air garam
Cara penyediaan
- Masukkan kelapa parut ke dalam tepung, jangan lupa masukkan gula sekali. Gaul semua bahan hingga rata.
- Bancuh dengan air garam sedikit demi sedikit hingga cair. Kadar kecairan ikut suka anda. Saya akan buat cair sedikit agar jemput-jemput atau cucur kelapa saya tetap lembut walau dah sejuk..
- Guna jari atau sudu untuk masukkan tepung ke dalam kuali, saiz kecil atau besar ikut suka.
- Goreng hingga garing atau warna oren kekuningan.
5. Resepi Cekodok Sira Gula
Resepi cekodok ini nampak mudah tapi sedap. Resepi cekodok ini sama seperti lain, cuma sira gula melaka digaulkan pada cekodok ini. Resepi dari Azie Acryll Full.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sd besar gula
- 1 sdb susu pekat tin
- secubit garam
- 1sd kecik mauripan
Cara penyediaan
- Gaul semua masuk kan air bancuh macam likat jangan cair sangat.
- Biar sekejap dalam 10 minit dah boleh goreng.
- Angkat ketepikan sementara itu masukkan gula 2 sdb dengan air 3 sdb untuk sira gula bila air gula macam nak kering tutup api kemudian gaulkan cekodok tadi sampai gula jadi putih macam dalam gambar.
6. Resepi Cekodok Bawang
Cekodok bawang resepi dari Nadiah Khalid ini sedap dicicah dengan kuah kari. Bila dah buat cekodok bawang, mungkin anfa akan jatuh hati dengan bawang selepas ini.
Bahan-bahan
- Air panas
- Tepung gandum
- Garam
- Bawang
- Minyak untuk goreng
Cara penyediaan
- Bancuh tepung dengan air panas ,garam danbawang.
- Bancuh pekat-pekat likat.
- Panaskan minyak dan goreng sampai kekuning-kuningan.
7. Resepi Cekodok Cempedak
Nak buat cekodok cempedak ini, anda perlu mencarik-carikkan isinya terlebihnya dahulu dan digaulkan bersama tepung. Resepi dari Noradifa Razali.
Bahan-bahan
- Cempedak
- Tepung gandum
- Gula
- Garam
- Soda bikarbonat
Cara penyediaan
- Carikkan isi cempedak.
- Masukkan tepung gandum, gula, garam dan soda bikarbonat. Gaul rata.
- Masukkan air. Pastikan adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat.
- Biarkan sekejap dalam peti sejuk, 30minit kemudian baru goreng.
8.Resepi Cekodok Betik
Jangan tak tahu betik pun boleh buat sebagai cucur. Cucur betik resepi dari CikPuan SitiMasitah, kalau nak buat perlu cari betik yang dah ranum masak baru sedap dimakan.
Bahan-bahan
- Buah betik masak ranum lagi manis (dilecek)
- Tepung gandum secukupnya
- Secubit garam
Cara penyediaan
- Gaul sebati adunan cucur tadi.
- Kalau buah betik korang kurang manis boleh tambah sikit gula.
- Dan goreng.
9. Resepi Cekodok Durian
Jangan tak tahu durian juga boleh buat cekodok. Resepi cekodok durian dari Emy Noorbaizura ini itdak terlalu manis orang kata just nice.
Bahan-bahan
- Isi durian
- Tepung gandum
- Susu pekat / gula
- Yis
- Baking powder (optional)
- Sedikit garam
- Air suam
Cara penyediaan
- Satukan semua bahan kecuali isi durian.
- Bila dah sebati, dah boleh masukkan isi durian dan kacau rata.
- Tutup adunan & biarkan 1 jam.
- Goreng seperti biasa.
10. Resepi Cekodok Milo
Cekodok milo ini bila dah masak rupanya seperti cekodok pisang. Jangan keliru ya. Cekodok milo ini memang sedap kerana masih mempunyai tekstur milo seletah bercampur dengan tepung. Resepi dari Umi Habibah Mohammad.
Bahan-bahan
- Tepung gandum 2cawan
- Milo setgh cawan
- Susu 3sudu
- Gula 2sudu
- Minyak jagung 3sudu
- Serbuk penaik 1sudu kecil kfc
- Air suam
Cara penyediaan
- Satukan semua bahan.
- Letak air suam sikit-sikit sampai adunan sebati tak lembikdan tak keras.
- Panaskan minyak baru goreng.
Resepi Menarik Yang Lain
Kalau anda nak tahu terdapat banyak lagi resepi menarik yang lain telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa baca dan jadikan sebagai rujukan. Terima kasih kerana jadikan kami sebagai rujukan masakan anda.
Leave a Reply