Resepi Cekodok Bawang Paling Mudah Sesuai Untuk Semua
Cekodok Bawang, siapa saja tak menggemarinya. Ianya merupakan juadah yang amat popular di Malaysia dan dihidangkan pada waktu minum petang. Sekiranya juadah ini digabungkan dengan air teh o panas, lagi sedap! Cekodok bawang juga sesuai dimakan dengan sambal kicap dan jika anda mula memakannya, pasti tidak akan berhenti!
Cekodok bawang menggunakan bahan yang sangat mudah untuk didapati. Selain itu, hidangan ini juga sesuai disediakan oleh sang amatur kerana ianya sangat mudah dan pasti lazat. Ianya juga boleh diubah sesuai mengikut kreativiti dan selera anda. Anda boleh menambahkan apa – apa jenis protein yang anda sukai seperti udang dan pasti ianya akan menjadi lagi lazat.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nadiah Khalid dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom kita lihat!
Resepi Cekodok Bawang
Bahan – bahan:
- Air panas
- Tepung gandum
- Garam
- Bawang
- Minyak untuk menggoreng
Cara – cara memasak:
- Bancuhkan tepung dengan air panas, garam dan bawang.
- Bancuhkan sehingga pekat.
- Panaskan minyak dan cubitkan adunan, letakkan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga kekuningan.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Selalu ikut resepi
Mmg menjadi
Tq