Resepi Bingkang Ubi Kayu Kuih Orang Lama
Bengkang ubi kayu dikenali juga sebagai kuih bingka ubi adalah salah satu kuih tradisional. Kalau di bandar memang jarang dah kita lihat kuih ini. Tetapi di kawasan kampung anda masih boleh jumpa kuih bengkang ubi kayu ini.
Bahan untuk buat kuih ini juga mudah nak dapat antaranya ialah ubi kayu dan santan. Kalau anda nak tahu bengkang ubi kayu ini tidak menggunakan sebarang tepung dalam resepi ini, hanya semata-mata ubi kayu yang disagat dan santan sahaja. Itu lah bengkang ubi kayu yang asli.
Resepi Kuih Bingkang Ubi Kayu
Kuih Bingkang atau bingka ubi kayu ini memang legend. Kuih orang lama buat selalunya memang sedap air tangan mereka. Jom baca resepi dari Rosmah Che Had.
Bahan-bahan
- 1 kg ubi kayu (siap parut) / 4 cwn lebih kurang
- 1 cwn gula (terpulang kalau nak manis lagi boleh tambah)
- 1 kotak kecil santan kara
- +1 kotak air (guna bekas kotak santan)
- 1 sudu kfc garam
- Sehelai daun pandan
Cara Penyediaan
- Masak gula, santan, air dan daun pandan hingga gula larut.
- Biar suam, masukkan dalam adunan ubi kayu tadi, taburkan garam. Gaul sebati.
- Panaskan tray yang disapu dengan minyak / marjerin. Tuang adunan dan ratakn.
- Bakar dalam 40 minit api atas dan bawah. Kemudian jika nak garing bahagian atas, tambahkan lagi 15 minit api atas sahaja. Suhu oven 150 (ikut oven masing-masing).
Resepi Bingkang Kukus Ubi Kayu (Gula Melaka)
Jangan tak tahu kuih bingkang ini juga boleh dibuat secara kukus. Jika anda menginginkan tekstur kuih bingkang yang lembut boleh guna resepi dari Mas Cotek ini.
Bahan-bahan
Bahan A
- 1.2 kg ubi kayu
- 4 sdb tepung ubi
- 1 sdt garam
- Pati dari endapan ubi~parut ubi, perah dan biarkan patinya mendap (airnya dibuang)~
- Satukan kesemua bahan~ gaul rata/ketepikan
Bahan B
- 500 ml santan (dari sebiji kelapa)
- 300 gm gula merah
- 75 gm gula pasir
- 2 helai pandan
- Masak kesemua bahan
- Cukup sekadar gulanya larut
- Tak perlu sampai mendidih
- Sejukkan dan tapis
Cara Penyediaan
- Sediakan loyang sapu margerin (guna loyang 25x12x6).
- Satukan Bahan A dan B dan gaul sebati.
- Tuang ke dalam loyang/hentak sedikit dan ratakan.
- Kukus selama 1 jam dan sejukkan dan sedia dihidangkan.
Resepi Bengkang dan Lengat Ubi Kayu
Lain tempat lain gelarannya kan? Tapi apa yang penting bahan asas yang digunakan ini adalah sama cuma mungkin ada sedikit berbeza bahan tambahan yang lain. Apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Arm Ika.
Bahan-bahan
- Ubi kayu di parut halus
- Santan pekat secukupnya
- Gula
- Garam
- Pewarna kuning
Cara Penyediaan
- Perah air dari ubi kayu dan simpan air perahan.
- Barkan air tu jangan kacau nanti tepung dari ubi kayu akan mendap dibawah dalam 15- 20minit.
- Tuang air yang diatas perlahan-lahan untuk ambil ambil tepung yang mendap.
- Kemudian satukan semua bahan sikit hingga secukup rasa dan sebati masuk adunan dalam loyang dan boleh bakar atau kukus hingga masak dan siap.
- Tunggu sejuk betul baru potong.
Resepi Bingkang Kayu Ubi (Tanpa Telur dan Majerin)
Resepi bingkang ubi yang ini sesuai untuk anda yang ingin memerlukan langkah pembuatan yang mudah. Resepi yang dikongsikan oleh Rozita Daud ini tanpa telur dan majerin tapi masih mengekalkan rasa dan tekstur yang sama.
Bahan-bahan
- 1kg ubi kayu (sagat halus@blender)
- Perah ubi biar tinggal hampas ubi
- 2cawan gula merah
- 1cawan gula pasir
- 1cawan air
- Masak sampai gula merah cair
- 1kotak santan
- 3 sudu besar tepung ubi kayu
- 1/2sudu garam
Cara Penyediaan
- Dalam bekas letak ubi dan letak air gula merah tapis, letak semua dan gaul last letak santan dan garam.
- Biar adunan nampak berair nantibila masak dia lembut dan liat loyang size 8.
- Sapu marjerin dan tuang adunan dlm loyang panaskan oven 170cc api atas bawah sekejap .
- Baru masukkan loyang bakar sampai 1jam dan siap sapu marjerin atas kuih dan bakar lagi 30minit siap insyaallah sedap.
Resepi Bingkang Ubi Kayu (Sukatan Cup)
Jika teringin unuk menikmati kuih bingkang ubi tapi anda seorang sahaja yang ingin rasa, apa kata anda cuba resepi Aspa Lela Mahmud ini yang menggunakan sukatan cawan dan dibakar dalam Air Fryer. Sangat praktikal dan mudah.
Bahan-bahan
- 2cwn ubi parut
- 1cwn santan
- 3 Sb gula pasir
- Secubit garam
- 2sudu planta
Cara Penyediaan
- Disebabkan ubinya diparut agak kasar saya blend parutan ubi dengan bahan-bahan diatas.
- Terpulang nak bubuh dalamloyang atau sebagainya suhu 180°c 30minit. (Saya bakar dalam airfryer).
Resepi Bingkang Kayu Ubi Pandan
Kali ini resepi bingkang kayu ubi berperisa pandan. Sedikit kelainan apabila resepi ini diolah menjadi perasa panda. Menarik juga kan? Jom baca resepi dari Badariah Abdrahman.
Bahan-bahan
- 2 cwn ubi parut yang dah ditapis. Ambil sagu
- 1/4 cwn tepung gndum
- 2 sd mkn tpng sagu
- 1 bj telur
- 1/2 cwn susu pkt
- 3/4 cwn gula
- Sdkt garam
- 1/2 cwn santan pkt
- 2 sdm mnyk
- Sdkt paste pandan@perasa pandan
- Pewarna hijaua
Cara Penyediaan
- Campur semua dan gaul sebati.
- Acuan sapu minyak dan tuang adunan.
- Bubuh 2sd mjrin atasnya.
- Bakar api bawah 20minit baru panaskan api atas.
- Bakar lagi hingga masak.
Resepi Menarik Yang Lain
Jika anda inginkan resepi kuih orang lama yang lain, kami turut sediakan untuk anda di sini. Terima kasih kerana menjadikan laman web kami sebaga rujukan masakan anda. Jangan lupa share ya!