Ayam tandoori ialah pilihan yang sempurna untuk menghidangkan hidangan yang bukan sahaja menyelerakan tetapi juga penuh dengan keunikan rasa! Bayangkan potongan ayam yang lembut dan berjus, direndam dalam perapan yogurt dan rempah tandoori yang kaya. Dengan aroma yang menggoda dan warna yang ceria, hidangan ini pasti memikat hati semua tetamu di meja makan.
Selain mudah disediakan, ayam tandoori juga dapat disajikan dengan pelbagai pilihan sampingan seperti nasi briyani atau roti naan panas. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi ini. Setiap suapan pasti membawa anda ke alam masakan India yang penuh dengan keajaiban rasa!
Jadikan makan anda lebih istimewa dengan ayam tandoori yang semestinya mengenyangkan dan memuaskan selera. Kami berkongsi 10 kumpulan resepi ayam tandoori lazat daripada Facebook.
Ayam Tandoori Juicy
Resepi pertama daripada Nurul Joe di laman Facebook. Percubaan pertama kali buat ayam tandoori, ianya berjus, sedap, dan sebiji rasa macam di kedai mamak, yang penting patuh syariah.
Bahan Ayam Tandoori :
- 1 sudu besar serbuk cili,
- 1 sudu besar serbuk kunyit,
- 1 sudu besar serbuk lada sulah,
- 1 sudu besar serbuk ketumbar,
- 1 sudu besar serbuk jintan manis,
- 1 sudu besar serbuk jintan putih,
- 2 sudu besar sos tiram,
- 2 sudu besar marjerin,
- 2 sudu kecil garam,
- 3 biji bawang besar,
- 10 biji bawang putih,
- 2 inci halia,
- 3 biji buah pelaga,
- Daun ketumbar,
- 1 biji jus lemon,
- 1 cawan greek/plain yogurt,
- Sedikit pewarna merah.
Cara-cara :
- Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
- Gaul dengan ayam seekor potong 4, kelar dan perap selama 5 jam lebih dalam aluminium foil.
- Bakar dalam loyang (tanpa foil) suhu 180°C selama satu jam atau sehingga masak atau digoreng pun boleh.
Ayam Tandoori dan Chutney Pudina
Teringin makan ayam tandoori puas-puas? Masak ayam tandoori boleh makan sendiri, dapat makan dengan chutney pudina lagi sedap terangkat. Ayuh cubakan resepi daripada Nurul Hawa Nadila Sari di laman Facebook.
Bahan-bahan Chutney Pudina / Mint Chutney :
- 1 cawan daun pudina,
- 1 cawan daun ketumbar,
- 3 tangkai cili hijau,
- 2 ulas bawang putih,
- 1 hiris halia,
- ½ sudu teh garam,
- 1 sudu besar jus lemon,
- 1 sudu teh gula,
- 3 sudu besar yogurt.
Cara Membuat Chutney Pudina :
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Sedia dihidangkan bersama ayam tandoori.
Bahan ayam tandoori :
- Setengah ekor ayam dibasuh, kalau dipotong 2 atau 4 sebaiknya kelar kasar.
- 2 sudu makan minyak masak.
Bahan B :
- 1 sudu teh serbuk cili,
- Sedikit garam,
- 1 sudu makan jus lemon.
Bahan C :
- 3 sudu teh yogurt asli,
- 1 sudu teh campuran pes halia bawang putih,
- 3 ulas bawang putih,
- 3 cm halia yang dikisar lumat,
- 2 sudu teh serbuk cili,
- ½ sudu teh garam masala,
- 1 sudu teh serbuk ketumbar,
- ½ sudu teh serbuk lada hitam,
- ½ sudu teh serbuk kunyit,
- 1 sudu teh pewarna merah.
Cara-cara :
- Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
- Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
- Lumur campuran bahan C pada ayam.
- Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Paling kurang 2 jam sebelum dibakar.
- Bakar ayam tandoori pada suhu 230C selama 25-30 minit.
- Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
- Angkat, sedia untuk dinikmati.
Ayam Tandoori dengan Raita
Ayam tandoori di luar sana harga sungguh mahal, kalau ada ramai anak lebih berbaloi buat sendiri. Resepi simple dari Norfadilah Ibrahim di laman Facebook. Jom cuba try.
Bahan-bahan :
- Ayam bahagian peha,
- 3 sudu makan yogurt,
- Bawang putih dan lada hitam ditumbuk,
- Serbuk jintan manis,
- Serbuk ketumbar,
- Kunyit,
- Garam masala,
- Pewarna merah daripada serbuk cili,
- 2 sudu minyak.
Cara-cara :
- Campurkan semua bahan-bahan di atas.
- Perapkan ayam tandori dalam 3-4 jam dalam peti ais. Bila ingin masak boleh keluarkan 15 minit awal.
- Bakar macam biasa, suhu ikut oven masing-masing.
Cara menyediakan raita :
- Tumbuk bawang putih, halia, daun pudina dan daun ketumbar sehingga halus.
- Tambahkan sedikit garam, campurkan bahan tumbuk tadi ke dalam yogurt.
- Perahkan limau nipis dan gaul rata.
- Ayam tandoori dihidangkan dengan salad, raita, hirisan bawang dan lemon. Siap untuk dinikmati.
Ayam Tandoori Perap
Seterusnya resepi ayam tandoori menggunakan ayam yang diperap dengan bahan perapan spesial ala Hani Norsini di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- Daging ayam 4 bahagian peha penuh. Kelar dengan pisau yang tajam 3-4 pada daging yang tebal.
- Perap ayam dengan : 1 sudu teh serbuk cili, sedikit garam (¼ sudu teh), 1 sudu perahan air lemon atau limau.
- Gaulkan semua bahan di atas dan sapu di dalam kelaran-kelaran daging ayam, supaya penerapan akan berlaku lebih pada isi daging ayam keseluruhan.
Bahan Perapan Utama :
- 6 sudu teh Yogurt Asli. Guna Yogurt yang pekat supaya campuran ini tidak berair, biasanya 1 sudu teh untuk satu peha ayam.
- 2 sudu teh campuran pes 3 cm halia dan 5 ulas bawang putih.
- 2 sudu teh serbuk cili atau mengikut kepedasan yang anda inginkan.
- ½ sudu teh garam masala (boleh guna serbuk kari daging).
- 1 sudu teh serbuk rempah sekiranya tiada gunakan biji rempah, goreng tanpa minyak dan kisarkan).
- ½ sudu teh serbuk lada hitam.
- ¼ sudu teh serbuk kunyit.
- 1 sudu sudu teh pewarna merah.
Cara-cara :
- Campurkan semua bahan-bahan di atas. Jangan tambah air kerana campuran perlu pekat sedikit.
- Selepas sebati dengan daging ayam. Masukan minyak masak dalam 2 sudu teh. Peramkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum mula membakar.
- Kebiasaan kita tidak mempunyai “Tandoor” atau dapur khas untuk membakar, maka kita gunakan oven. Untuk membakar dalam oven kita perlu pakai bekas. Lapikkan bekas bakar dengan meletakan potongan carrot/atau celery supaya daging ayam yang kita bakar itu tidak terlekat pada bekas bakar dan ada ruang di antara bekas dan daging ayam yang akan mengeluarkan air yang banyak.
- Bakar selama 25-35 minit pada suhu 230 C.
- Selepas 20 minit pertama periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di atas permukaan ayam tadi untuk glaze. Masa masak terpulang pada saiz maka awas jangan sampai hangus.
- Sekiranya anda punyai grill di rumah, ayam yang telah masak di ketuhar/oven boleh dipindahkan kepada grill untuk mendapatkan rupa pembakaran permukaan daging ayam yang cantik.
Ayam Tandoori Tanpa Pewarna
Seterusnya kita masak ayam tandoori (tanpa pewarna) yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook. Ayam tandoori ini gerenti sihat dan sedap.
Bahan-bahan:
- 2 bahagian pinggul ayam,
- 200ml greek yogurt (tanpa perisa),
- 2 sudu besar serbuk cili/paprika,
- ½ sudu kecil serbuk jintan putih,
- ½ sudu kecil serbuk kunyit,
- ½ sudu kecil serbuk ketumbar,
- ½ sudu kecil garam masala,
- 1 biji limau nipis,
- 5 ulas bawang putih,
- 1 inci halia,
- 1 ikat daun pudina,
- 1 ikat daun ketumbar,
- ½ bawang besar,
- Garam.
Cara-cara :
- Mula-mula buang kulit dan lemak ayam.Kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.
- Bawang putih dan halia ditumbuk atau kisar halus.
- Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar pun ditumbuk halus.
- Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis.
- Letak 3-4 sudu yogurt.
- Masukkan bawang putih dan halia yang kita sudah tumbuk halus tadi.
- Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, dengan garam secukup rasa, gaul sekata. Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap dalam beberapa jam atau semalam.
- Jika sudah siap perap, panaskan pan grill atau kuali tidak lekat. Buka api sederhana, letak minyak sedikit.
- Jika pakai oven, panaskan oven pada suhu 180°C. Bila sudah panas, panggang selama 45-60 minit (bergantung pada saiz ayam).
- Terbalikkan ayam setelah 20-30 minit memanggang.
- Kalau guna pan grill, biarkan selama 5 minit setiap belah dengan api sederhana. Bolak balikkan ayam setiap 5-10 minit supaya tidak hangus.
- Tips supaya ayam nampak merah tanpa guna pewarna ialah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu lagi minyak bercili.
Semasa tunggu ayam perap tadi, sediakan raita pula.
Menyediakan Chutney:
- Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang sudah ditumbuk halus tadi. Letakkan secubit garam.
- Kemudian campurkan bahan tumbuk dengan baki yogurt yang masih ada.
- Kalau ingin segar lagi, perah sedikit limau nipis.
Ayam Tandoori Guna Air Fryer
Masak ayam tandoori tidak sukar pun, senang sahaja caranya apalagi kalau pakai air fryer. Sambal tunggu ayam dlm air fryer tub oleh pergi buat kerja-kerja lain. Resepi dikongsikan oleh Athirah Adnan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- ¼ ayam bahagian paha,
- 1 tbs minyak masak/minyak zaitun,
- Serbuk cili babas (ikut kepedasan),
- 2tbs air asam limau/lemon,
- Garam sedikit,
- Campur semua bahan-bahan di atas, gaul mesra bersama ayam.
Bahan perap :
- 2 tbs yogurt,
- ½ ts serbuk kunyit.
- 2 bj bawang putih tumbuk,
- 1-2 inci halia tumbuk,
- ½ ts serbuk lada hitam,
- 1 ts serbuk cili babas,
- ½ ts secukup rasa,
- Sedikit pewarna merah(optional),
- Campur semua bahan ini tanpa letak air.
Cara-cara :
- Ayam yang digaul mesra tadi diperap bersama bahan perapan selama 4 jam @ semalaman.
- Ayam yang sudah diperap dibalut dengan aluminium foil 2 layer.
- Set air fryer 180C selama 30 minit.
- Selepas 30 minit ayam tersebut akan masak sepenuhnya.
- Buka separuh bungkusan aluminium dan set lagi 20 minit untuk sesi pembakaran luaran ayam untuk garingkan bahagian luar ayam.
- Bagi yang diet boleh skip bahagian minyak, garam dan perasa.
Ayam Tandoori Resepi Campak-campak
Seterusnya Mell Abdul Rahman berkongsi resepi ayam tandoori dengan resepi campak-campak sahaja. Anda yang cuba di rumah boleh sesuaikan dengan tekak memasing, makan dengan mint chutney.
Bahan-bahan :
- 5 ketul ayam (bersihkan, buang kulit dan kelar),
- 6 sudu teh yogurt asli (pekat),
- 2 sudu teh campuran pes halia bawang putih ,
- *5 ulas bawang putih dan 3 cm halia (dikisar lumat),
- 2 sudu teh serbuk cili,
- ½ sudu teh garam masala (kalau tiada boleh guna rempah kari daging),
- 1 sudu teh serbuk ketumbar,
- ½ sudu teh serbuk lada hitam,
- ¼ sudu teh serbuk kunyit,
- 1 sudu teh pewarna merah.
Cara-cara :
- Gaul semua bahan dalam 1 bekas sampai sebati.
- Masukkan ayam dan gaulkan sebati (di celah-celah kelaran jangan lupa),
- Perap semalaman atau sekurangnya 4 jam.
- Bakar 230C selama 20-30 minit.
Bahan-bahan Mint Chutney :
- (Saya buat banyak terus letak frozen)
- 1 mangkuk kecil daun mint (pudina),
- 1 mangkuk kecil daun ketumbar,
- 3 batang cili hijau,
- 3 ulas bawang putih,
- Sedikit halia,
- ½ sudu garam,
- 1 sudu gula,
- 1 sudu jus lemon,
- 4 sudu yogurt pekat (plain),
- Blend semua sampai halus.
Ayam Goreng Tandoori Mudah
Ayam goreng tandoori seterusnya ialah versi mudah dan simple oleh Rani Rajunaikam di laman Facebook. Resepi ini menggunakan serbuk kari ikan dan kari ayam juga. Sedap rasanya, lazat rupanya.
Bahan-bahan :
- Ayam potong 14,
- Tepung jagung 3 sudu besar,
- Tepung beras 4 sudu besar,
- Serbuk kari ikan 1 sudu besar,
- Serbuk kari ayam 2 sudu besar,
- Serbuk kunyit 1 sudu kecil,
- Serbuk briyani 2 sudu besar,
- Yogurt 2 sudu atau perahan limau,
- Aji,
- Garam,
- Daun kari,
- Perwarna merah.
Bahan blend :
- Serai,
- Bawang putih 1 labu,
- Bawang merah 2 biji.
- Halia 2 inci,
- Cili api segeng g atau 15 biji,
- Jintan putih 2 sudu besar,
- Jintan manis 1 sudu besar.
Cara-cara :
- Perap 1 jam.
- Kemudian goreng.
Ayam Tandoori Bersalut Yogurt
Kelazatan ayam tandoori bersalut yogurt memang memikat hati orang ramai. Ayam ini sedap dimakan bersama roti dan. Resepi mudah seterusnya dikongsikan oleh Ziela Ramli di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 3 biji bawang besar,
- 8 ulas bawang putih,
- 3 inci hirisan halia,
- 2 sudu kecil garam,
- 3 biji buah pelage,
- 2 sudu besar sos tiram,
- 1 sudu besar serbuk cili,
- 1 sudu besar serbuk kunyit,
- 1 sudu besar serbuk lada sulah,
- 1 sudu besar serbuk ketumbar,
- 1 sudu besar serbuk jintan manis,
- 1 sudu besar serbuk jintan putih,
- Sedikit daun pudina,
- Plain yogurt,
- Sedikit pewarna merah.
(Blend semua) - 2 sudu besar marjerin tidak blend, cuma sapukan pada ayam panas-panas lepas ayam masak, nampak berkilat, cantik dan sedap.
Cara menyediakan bahan perapan :
- Blend bahan-bahan rempah dan plain yogurt hingga sebati tanpa air.
- Lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata.
- Perapkan ayam di dalam beg kedap udara untuk dapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
- Perap selama 5 jam atau semalaman.
- Bakar di dalam oven suhu 180C sehingga masak. Kalau ingin cepat, boleh guna pemanggang ajaib.
Tandoori Chicken Mint Chutney
Kalau mahu buat ayam tandoori memang kena letak daun fenugreek atau parsley. Sebab ianya memberi wangi yang sedap dan merangsang selera. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Kak Wan seperti di bawah ini.
Bahan perap :
- 4 keping paha ayam tanpa kulit dikelar,
- 1 sudu besar serbuk cili,
- 1 sudu kecil garam,
- 1 sudu besar jus lemon,
- Gaul dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Bahan rempah :
- 6 sudu besar yogurt pekat,
- 2 sudu kecil garam,
- 1 sudu besar pes halia dan bawang putih,
- Jus limau nipis,
- ½ sudu besar serbuk lada hitam,
- ½ sudu besar serbuk cili,
- ½ sudu besar garam masala,
- 1 sudu besar serbuk jintan manis,
- 1 sudu besar serbuk ketumbar,
- ½ sudu kecil serbuk kunyit,
- Sedikit pewarna merah,
- 1 sudu besar daun fenugreek kering / parsley kering,
- 2 sudu besar minyak sayur,
- Satukan semua bahan kecuali minyak, gaul sebati.
Cara-cara :
- Cuci ayam, buang kulit dan kelar beberapa bahagian supaya rempah menyerap dengan rata.
- Gaul rata bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk.
- Satukan semua bahan rempah, kemudian gaul bersama perapan ayam tadi.
- Letak minyak sayur dan gaul hingga sebati.
- Letak di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200 C selama 20-25 minit hingga ayam masak.
- Untuk lebih aroma, panggang ayam di atas bara api.
- Hidang bersama chutney pudina, bawang jeruk dan perahan limau nipis.
Bahan Chutney Pudina/Mint Chutney :
- 1 cawan daun pudina,
- 1 cawan daun ketumbar,
- 3 tangkai cili hijau,
- 2 ulas bawang putih,
- 1 hiris halia,
- ½ sudu teh garam,
- 1 sudu besar jus lemon,
- 1 sudu teh gula,
- 3 sudu besar yogurt.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Jeruk bawang,
- 3 biji bawang besar merah,
- 1 sudu besar cuka,
- Garam dan gula secukupnya, gaul sebati.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi ayam tandoori, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepa ini ya.
Leave a Reply