Resepi Ayam Sambal Hijau (Kering)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang ringkas dan menggunakan bahan yang sangat minima. Ayam merupakan lauk yang paling mudah dan kerap dimasak tidak kira dimana sahaja dinegara kita ini. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara. Digoreng, dibakar, dikukus atau digrill, ia pasti digemari. Ayam yang enak pastinya dari ayam yang segar. Isinya lebih manis terutama apabila digoreng bersama cili.

Ayam sambal hijau adalah sejenis masakan ayam yang menggunakan hanya cili hijau bersama cili api berwarna hijau. Cili direbus kemudian dikisar kasar dsn ditumis sehingga garing atau naik minyak. Ini adalah salah satu inovasi dari ayam goreng berlada yang banyak ditemui di Negeri Sembilan. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Ayam Sambal Hijau (Kering)
Bahan-bahan

  • Setengah ekor ayam (potong saiz sederhana)


Bahan-bahan rebus dan kisar

  • 6 biji cili hijau 
  • 15 tangkai cili padi berwarna hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam, serbuk perasa dan gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan ayam dan lumur dengan garam dan kunyit.
  • Kemudian goreng ayam tetapi jangan terlalu garing.

Ketepikan

  • Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik minyak.
  • Tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul agar semuanya rata dan sebati.
  • Siap, sedia untuk dihidangkan.

Semua bahan kisar hendaklah direbus sebelum dikisar agar ia tidak menyakitkan hidung ketika ia digoreng. Ini adalah salah satu petua yang Madam secara peribadi amalkan. Gula adalah pilihan jika anda tidak suka manis boleh dielakkan penggunaan gula. Sambal ini tidak perlu masa yang lama untuk digoreng kerana ianya telah direbus awal tadi.

Jadi jangan lupa mencuba resepi yang ringkas dan mudah ini, masakan ini sangat sedap dimakan bersama sup su un. Oleh itu selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *