Resepi Ayam Masak Kicap (Ala Stew)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang Madam gunakan ketika anak-anak masih kecil. Masakan ayam berkicap ini menggunakan teknik seperti masakan stew. Ini kerana ia amat mudah disediakan, dimana semua bahan digaul lebih awal kemudian ditumis serta dimasak sehingga kering.

Masakan seperti ini amat sesuai bagi anak kecil atau mereka yang tidak tahan pedas. Sesuai juga bagi orang dewasa yang suka masakan pedas kerana masakan ini mempunyai cili api, dan apabila digigit terasa nikmat keenakkannya. Oleh itu kali Madam akan kongsikan resepi ayam masak kicap ala stew ini bagi anda yang mencari sesuatu yang amar ringkas dan sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dimana ia amat mudah ditemui.

Resepi Ayam  Masak Kicap (Ala Stew)
Bahan utama 

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil (perasakan dengan garam sedikit)

Bahan hiris 

  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • 10 batang cili api (buang tangkai sahaja)
  • sedikit garam

Bahan perasa

  • Kicap manis mengikut gelap yang diinginkan
  • 3 sudu sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah

  • Gaulkan semua bahan iaitu ayam, bahan hiris dan bahan perasa dalam satu bekas. Biarkan seketika.
  • Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  • Tumiskan semua bahan yang telah diperap tadi.
  • Lalu masak ia sehingga ayam masak.
  • Tambah air jika anda suka ia berkuah.
  • Siap.

Untuk mengelakkan ia menjadi pedas, cili api tidak dibelah hanya sekadar mempunyai batangnya sahaja. Oleh itu ia sesuai bagi anak kecil, dan jika ibu ayah ingin kepedasan bolehlah gigit cili api ya g ditambah awal tadi. Masakan ini juga lebih sihat kerana ia tidak ditambah garam, kurang minyak dan tidak ditambah serbuk perasa juga. Jadi apakata bagi anda yang buntu,cubalah resepi ini ya. Anda pastu akan suka pada rasanya, malah anak kecil juga suka pada rasa masakan ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ayam Kicap Berempah

Resepi Sotong Masak Kicap

Resepi Tenggiri Kicap


Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *