5 Resepi Ayam Masak Lemon Penuh Rasa Variasi
Satu lagi resepi berasaskan ayam. Kali ini sedikit kelainan, iaitu resepi ayam masak lemon. Resepi ini asalnya dari makanan dari kaum Cina tapi telah diolah untuk menjadi lebih halal dan citarasa tekak melayu.
Rasa masam, manis dan pedas ini pasti membuatkan anda tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keenakan ayam masak lemon ini. Bukan itu sahaja resepi ini juga boleh dibuat dengan pelbagai versi sama ada berkuah atau sedikit kering, ikut pada citarasa anda sendiri. Jom baca himpunan resepi ayam masak lemon ini.
Resepi Ayam Lemon Chinese Style
Resepi ayam masak lemon chinese style ini adalah dari resepi Jes Tham. Resepi asli dari kaum cina. Rugi tak cuba.
Bahan-bahan
- Dada ayam
- Garam
- Minyak bijan
- Lada putih
- Tepung jagung
- Sebiji telur
Bahan kuah
- Sos plum
- Jus lemon
- Cuka
- Gula
- Air
Cara Penyediaan
- Perap dada ayam dengan garam, minyak bijan, pepper, tepung jagung dan sebiji telur. Biarkan selama 30 mins atau lebih.
- Kemudian salut pada tepung (kalau nak lagi rangup add serbuk roti). Panaskan minyak secukupnya dan goreng sampai kekuningan dan masak. Keluarkan dan tos kan.
- Utk kuah. Bersihkan kuali, terus tuangkan sos plum, jus lemon, cuka dan gula secukupnya. Add sedikit air jika perlu. Bila kuah dah mendidih, curah terus ke atas dada ayam goreng tadi. Siap dan masak.
Resepi Ayam Masak Lemon Versi Pedas
Buat anda penggemar makanan pedas, resepi dari Siti Khadijah Binti Mohammad sesuai untuk anda. Cebisan cili dipotong dan diletak diatas ayam. Memang nampak menggiurkan.
Bahan-bahan
- Ayam
- Tepung serbaguna Bestari Spicy
- Tepung jagung
- Tepung gandum
- Tepung kastard
Bahan Untuk Sos Lemon
- 1 cawan air
- 2 sudu gula
- 1½ sudu tepung jagung
- 2 sudu makan perahan jus lemon
- 1 sudu madu
- Sedikit garam
- Sedikit ajinamoto@kiub ayam
- 2 hirisan lemon
- Parutan kulit lemon
- Sedikit kunyit(nak bagi sos kaler kuning)
Cara Penyediaan
Cara Menyediakan Ayam Goreng
- Perap ayam yang dipotong bersama telur, garam dan ajinamoto.
- Sebelum menggoreng, salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali.
- Goreng dengan api yang perlahan.
Cara Cara Menyediakan Sos Lemon
- Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas.
- Panaskan kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.
- Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi.Sedia untuk dihidang.
Hiasan
- Daun ketumbar
- Cili
Resepi Ayam Masak Lemon Madu
Resepi ini pula telah diolah sikit menjadikan rasa hidangan ini lebih penuh variasi. Ada rasa masam, manis dan sedikit masin. Jom baca resepi dari Anne IdZahra.
Bahan-bahan
- Ayam seekor dipotong 12 (bersihkan)
- Halia muda +- 1″ (diracik halus)
- Bawang holand 1 bj (dipotong bulat)
- Bawang putih 5 ulas (dicincang halus)
- Cili kering kisar 3 sudu besar
- Madu 2/3 cawan
- Lemon 2 biji (1 bj dipotong nipis, 1 bj diperah airny)
- Garam, serbuk kunyit, 2 sudu besar tepung jagung & sedikit serbuk perisa
- Air 1 cawan & minyak masak untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit bijan yang telah disangai
Cara Penyediaan
- Gaulkan ayam yang telah dibersihkan bersama.
- Serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
- Goreng separuh garing.
- Tumis hingga wangi bawang holand, bawang putih & halia.
- Masukkan cili kering kisar, kacau rata hingga hampir garing.
- Masukkan sedikit air, madu dan lemon. kacau rata.
- Masukkan bancuhan air tepung jagung.
- Masukkan ayam, garam & serbuk perisa.
- Mesrakan rasa, kecilkan api.
- Biarkan seketika dan sesekali kacau dan masukkan hirisan lemon & taburkan bijan.
- Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Resepi Ayam Masak Lemon Versi Mudah
Resepi ini paling mudah, anda hanya menggoreng ayam dan sos lemon boleh dibeli di kedai. Mudah kan resepi dari Sarimah Salleh ini?
Bahan-bahan
- Ayam dipotong dadu
- Tepung bistari
- Telur sebiji
- Buah lemon sebiji
- Bijan
Cara Penyediaan
- Ayam direndam dalam air bancuhan tepung bistari bersama telur tunggu dalam 15 minit.
- Salut dengan tepung bistari pula untuk digoreng sediakan minyak untuk menggoreng.
- Pastikan minyak betul panascapi sederhana goreng sehingga kekuningan dah masak sediakan pinggan.
- Boleh curahkan sos lemon atas ayam tabur bijan dan hiris lemon sekali.
Resepi Roasted Lemon Thyme Chicken
Resepi terakhir ini ala-ala western sedikit tapi masih mengekalkan sos lemon pada hidangan ini. Perkongsian resepi ini dari Muhammad Shaiful Izwan Samsudin.
Bahan-bahan
- 4 ulas bwg putih
- Sesudu besar black pepper
- 1 ketul kiub lembu @ ayam
- 2sudu sos tiram
- 2sudu kicap manis
- 1sudu kecil garam
- 3 sudu olive oil @ minyak masak
- Half lemon juice & half lemon tu potong tabur atas ayam masa nak perap nanti
***tumbuk @ blend semua yag atas
Cara Penyediaan
- Racik daun thyme.
- Perap at least 30 minit, tapi jangan lebih 2 jam, citrus lemon akan tukar texture ayam.
- Kentang hanya basuh dan guna berus dawai untuk buang kotoran jangan buat kulit kentang. Potong wedges, gaul juga dgn rempah perap tadi.
- Susun dalam tray, letak ayam atas dan bakar sejam suhu 180-200.
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi menarik dan mudah yang anda boleh cuba nanti di laman web kami ini. Terima kasih juga kerana telah sudi singgah di sini!