Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Kumpulan Resepi Popcorn Chicken (Mudah, Sedap, Juicy!)

author name

📄

Pernahkah anda beli popcorn chicken di kedai tapi isi ayam dalam 2-3 ketul sahaja, kulit ayam yang banyak. Kini, anda boleh buat sendiri di rumah resepi popcorn chicken yang mudah, lazat dan berjus.

Resepi ini menggunakan ayam yang dipotong kecil, selalunya resepi menggunakan dada ayam dicampur dengan adunan tepung istimewa. Hasilnya, popcorn chicken akan rangup di luar dan berjus di dalam. Ditambah pula dengan sos pilihan anda, hidangan ini pasti akan menjadi kegemaran keluarga.

Lebih menarik lagi, resepi popcorn chicken sangat mudah dibuat. Anda tidak perlu habiskan banyak bahan dan masa di dapur untuk buat hidangan yang lazat ini.
Jadi, tunggu apa lagi? Kami berkongsi kumpulan resepi popcorn chicken meletup berjus dari laman Facebook.

Cornflakes Popcorn Chicken

Imej via Facebook

Resepi pertama bukan susah pun, cukup guna dada ayam dipotong kecil-kecil kemudian diperap dengan lada berperisa AjiShio untuk hasil yang lebih sedap. Cornflakes disalut supaya lebih crunchy. Mudah sangat resepi oleh Sarmila Sharif di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 200 g dada ayam dipotong kecil-kecil,
  • 100 g cornflakes blend kasar,
  • 70 g tepung jagung,
  • 1 biji telur,
  • Lada berperisa AjiShio secukup rasa,
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara :
  1. Gaul ayam bersama telur dan serbuk lada.
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung jagung dan cornflakes.
  3. Masukkan dada ayam dalam adunan cornflakes sedikit demi sedikit. Tekan-tekan sedikit biar dada ayam cantik bersalut.
  4. Panaskan minyak, goreng dada ayam dengan api sederhana hingga masak.
  5. Angkat dan toskan. Siap.

Chicken Popcorn Rangup

Imej via Facebook

Resepi chicken popcorn sedap seterusnya dikongsikan oleh Nor Syukriah. Rahsia supaya gebu dan rangup ialah guna baking powder. Makan dengan sos dan mayonise makin umph!

Bahan-bahan :
  • Dada Ayam potong dadu,
  • Lada sulah,
  • Serbuk kunyit,
  • Garam,
  • Perasa,
  • Gaul dan perap semua bahan.
Cara-cara :
  1. Gaulkan tepung gandum dan baking powder.
  2. Dalam mangkuk lain sediakan telur yang dikocok.
  3. Ayam yang diperap tadi kemudian disalut dengan tepung, kemudian celup telur.
  4. Akhir sekali salut semula dengan tepung.
  5. Goreng dan siap.

Chicken Popcorn Breadcrumbs

Imej via Facebook

Resepi yang simple tapi sedap! Chicken Popcorn rangup bersalut breadcrumbs dimakan bersama sos tomato celup. Resepi daripada Nur Natasha Abdullah amat sedap menjilat jari.

Bahan-bahan perap:
  • Dada ayam/isi ayam 500 gram potong dadu,
  • Perap dengan mixed herbs (boleh beli di kedai bakeri, kalau tidak ada boleh guna bawang putih), garam dan lada hitam selama lebih kurang sejam.
  • Tepung gandum,
  • Emping jagung/corn flakes yang dihancurkan (saya guna serbuk roti),
  • Telur 2 biji dipecahkan.
Cara-cara :
  1. Ayam yang sudah diperap gaul dalam tepung gandum.
  2. Kemudian celup dalam bancuhan telur.
  3. Akhir sekali celup dalam serbuk roti dan goreng sehingga masak/warna keemasan.

Chicken Popcorn Tepung Bestari

Imej via Facebook

Biasanya isi ayam selalu menjadi pilihan terakhir anak-anak. Tapi kalau buat chicken popcorn sekejap boleh licin. Puan Norimah Rahman tunjuk cara senang guna tepung bestari sahaja. *Kalau tidak makan telur boleh gantikan dengan sedikit air.

Bahan-bahan :
  • Isi ayam dipotong dadu,
  • Sebiji telur,
  • Tepung bestari spicy atau original.
Cara-cara :
  1. Isi ayam dibersihkan dan ditoskan.
  2. Gaulkan isi ayam tadi dengan sebiji telur yang telah dipukul.
  3. Masukkan tepung bestari, gaul sampai rata dan diperapkan sekejap.
  4. Sementara itu, ambil sedikit tepung bestari, letak dalam tupperware.
  5. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diperap ke dalam tupperware tadi. Tutup dan goncang hingga tepung menyaluti seluruh isi ayam tadi.
  6. Panaskan minyak, goreng isi ayam tadi dengan api sederhana.
  7. Bila sudah garing, angkat dan boleh dihidangkan.
    *Kalau suka masin boleh tambah sedikit garam semasa perap isi ayam.

Sweet Crispy Korean Fried Chicken Popcorn (Dakgangjeong)

Imej via Facebook

Kalau beli ayam, selalu bahagian dada paling susah dimasak. Jadi kali ini Korn Adam Rayhan Khairul buat resepi korea dengan bahagian dada ini. Dakgangjeong nama diberi dan ia beza sedikit dengan Yangnyeom (Korean Fried Chicken) sebab dakgangjeong manis dan pedas.

Bahan-bahan :
  • Dada ayam (dipotong dadu),
  • Tepung goreng ayam,
  • Halia, bawang putih dan lada ditumbuk halus,
Bahan Sos :
  • Minyak bijan,
  • Bawang putih dan Halia (ditumbuk),
  • Madu,
  • Cuka epal,
  • Gochujang,
  • Brown sugar,
  • Kicap soya.
Cara-cara :
  1. Ayam diperap dengan bahan tumbuk.
  2. Celup dengan tepung dan goreng.
Cara Untuk Sos :
  1. Panaskan minyak bijan dan masukkan bawang dan halia.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan lain dan masak hingga mengelegak.
  3. Kemudian salut ayam yang digoreng tadi.
  4. Hiaskan dengan bijan dan kekacang.
  5. Siap dihidang.

Chicken Popcorn Tepung Double

Imej via Facebook

Untuk dapatkan popcorn ayam yang bersalut tebal macam kedai. Zaini Hilmy melakukan kaedah tepung double. Guna tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras dengan nisbah sama banyak 1:1:1.

Bahan-bahan :
  • Dada ayam potong dadu,
  • Garam,
  • Bawang putih tumbuk halus,
  • Oregano (option),
  • Serbuk perasa,
  • Air coway,
  • Tepung jagung,
  • Blackpepper.
Cara-cara :
  1. Perap ayam dengan garam, serbuk perasa, bawang putih tumbuk, oregano dan blackpepper.
  2. Gaul ayam perapan tadi dengan tepung jagung bagi sekata.
  3. Celup ayam salutan tepung tadi dalam air.
  4. Kemudian gaul balik ayam basah dengan tepung jagung yang baru.
  5. Kemudian sudah siap celup semua goreng dalam minyak penuh. Tutup periuk.
  6. Agak-agak sudah garing boleh angkat.

Chicken Popcorn Cuka

Imej via Facebook

Malas beratur panjang di kedai, Kalaivani Krishnasamy berkongsi cara buat chicken popcorn ala restoran hanya pakai bahan-bahan yang ada di dapur. Resepi ini boleh dapatkan 35 ketul.

Bahan-bahan :
  • Tepung gandum.
  • Tepung jagung.
  • Tepung bestari,
  • Ayam.
  • Susu,
  • Cuka,
  • Serbuk cili,
  • Garlic paste,
  • Serbuk lada sulah,
  • Serbuk lada hitam,
  • Serbuk cili,
  • Sos cili,
  • Garam.
Cara-cara :
  1. Boneless ayam dipotong dalam 1 cm.
  2. Lumurkan susu, cuka, serbuk cili, garlic paste/powder, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk cili, sos cili dan garam.
  3. Gaulkan dan rehatkan dalam 1 jam di dalam peti sejuk.
  4. Dalam bekas lain, gaulkan semua tepung. Tepung gandum kena lebih.
  5. Letak sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk cili/cili flakes pun boleh.
  6. Lepas satu jam, pecahkan 1 telur. Celupkan ayam tadi dalam telur.
  7. Kemudian masukkan dalam tepung tadi pakai tangan baru coating dia cantik.
  8. Rehatkan dalam 5 minit.
  9. Kemudian ambil ayam tadi. Celupkan balik dalam telur.
  10. Celup balik ke dalam tepung. Ulangi proses sekurang-kurangnya dua kali. Kalau rajin kali ketiga pun boleh. Nanti dapat coating tebal and rangup. Kalau pakai tangan bolehlah picit-picit dan ramas-ramas ayam coating ala-ala restoran.
  11. Kemudian boleh goreng macam biasa.

Chicken Popcorn Serbuk Kari

Imej via Facebook

Seterusnya resepi serbuk perasa ayam yang ringkas, cepat dan sedap dikongsikan oleh Humaira Zulaikha Ham di laman Facebook. Popcorn ayam menggunakan serbuk kari gerenti sedap.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula perang,
  • 1 Sb serbuk lada hitam,
  • 2 Sb serbuk kari,
  • ½ kiub pati ayam(hancurkan),
  • 1 Sb garam (ikut kesesuaian rasa, kalau ingin masin lagi boleh tambah).
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan sampai halus guna blender kering.
  2. Sedia digunakan.

Chiken Popcorn Simple

Imej via Facebook

Resepi paling simple dan senang tapi rasanya terangkat dan bikin ketagih. Ayuh cuba resepi daripada Aida Syuhada Sapari di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 3 biji bawang putih,
  • Lada hitam sedikit,
  • Kiub pati ayam seinchi ke apa terpulang,
  • Garam 1 sudu kecil,
  • Serbuk cili 1 sudu besar,
  • Kunyit 1 sudu kecil.
Cara-cara :
    1. Tumbuk bawang putih, lada hitam dan kiub pati ayam.
    2. Boleh gaul rata dekat ayam. Perap sekejap dalam 1 jam.
    3. Keluarkan dari peti, pecahkan telur 1 biji, gaul.
    4. Sediakan tepung segera.
    5. Golekkan isi ayam atas tepung sementara tunggu minyak panas.
    6. Goreng hingga kuning keemasan.

Chicken Popcorn Salted Egg

Imej via Facebook

Salted egg popcorn chicken makan dengan sup kosong dan nasi putih panas-panas memang terangkat. Resepi lazat ini dikongsikan oleh Ie Mohd di Laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ayam dipotong kecil-kecil,
  • Tepung beras dan tepung jagung, nisbah 2:1. Guna tepung bestari pun boleh.
  • Cili padi,
  • Daun kari,
  • Kuning telur masin (boleh guna pes),
  • Butter/margerin.
Cara-cara :
  1. Goreng ayam dengan tepung.
  2. Tumis daun kari dan cili padi dalam butter.
  3. Masukkan telur masin dan gaul sampai sekata.
  4. Masukkan ayam dan gaul lagi.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi popcorn chicken, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.