Kali ini kami akan berkongsikan resepi tradisi apam pisang. Resepi dulu kala yang mudah dan pantas dan memiliki rasa yang kekal sampai bila-bila.
Apam pisang dibuat dengan cara menghancurkan pisang sehingga betul-betul lumat. Boleh hancurkan guna mixer atau tangan janji adunan sangat lembut dan cair.
Apam pisang dimasak dengan cara kukus sehingga apam jadi lembut hingga ke dalam dan lebih sihat. Tentunya bahan-bahan untuk membuat apam pisang amat sangat mudah dan pantas. Selain itu rasanya sangat lembut dan lunak. Anak-anak pun boleh makan.
Ramai yang jual apam pisang di pasar malam atau gerai makanan ringan. Tapi, jika buat sendiri gerenti lebih berbaloi dan yakin dengan kebersihan bukan? Jom cubakan resepi apam pisang daripada AtiQah AZiz di laman Facebook seperti di bawah ini.
Resepi Apam Pisang Gebu
Bahan-bahan :
- 1 ½ cawan tepung gandum,
- 1 cawan gula,
- 1 cawan minyak masak,
- 1 cawan pisang emas yang dilenyek,
- 1 sudu besar susu manis,
- 1 biji telur,
- 1 sudu kecik baking powder,
- 1 sudu kecik soda bicarbonate.
Cara-cara :
- (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang selama 1 minit.
- Kemudian masukkan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
- (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
- Jika kedua-dua bahan suda siap, campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
- Masukkan adunan dalam acuan sebanyak ¾. Guna acuan apapun boleh.
- Terus kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan.
- Apabila sudah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk.
- Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk.
- Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi apam pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.
Leave a Reply