Sambal Ikan Bilis merupakan hidangan yang tak lari daripada rakyat Malaysia. Ianya amat mudah untuk disediakan serta merupakan kegemaran ramai diantara kita. Sambal ikan bilis juga enak dimakan bersama roti ataupun nasi. Pasti mengenyangkan kita semua!
Resepi yang kami bawakan kali ini adalah resepi sambal ikan bilis Melaka yang amat pedas dan lazat. Alangkah indahnya jika dilengkapkan bersama nasi panas dan telur mata.
Resepi kali ini dikongsikan oleh Hasma Za-lina di laman Facebook milik beliau dan pastinya mendapat banyak perkongsian. Jadi, jom tengok!
Resepi Sambal Ikan Bilis Melaka
Bahan – bahan:
- Ikan bilis segenggam
- *Bwg merah – 2 ulas
- *Bwg putih – 5 ulas
- *Cili api + cili besar merah – ikut suka tahap kepedasan.
- Daun kunyit 2 helai
- Perasa tambahan
Cara – cara memasak:
- Kisarkan bahan bertanda (*).
- Tumiskan dalam kuali sehingga betul – betul masak atau pecah minyak.
- Masukkan tempoyak bersama daun kunyit.
- Masukkan air sedikit dan perasakan.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaulkan rata.
- Biarkan sekejap sehingga masak.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!
Leave a Reply