Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Donut Panas (Gerenti Laku Weh!)

author name

📄

Donut oo Donut, siapa yang tak suka donut? Semua orang sukakan donut. Ada pelbagai jenis donut, dari yang gula biasa hinggalah pelbagai jenis topping.

Kali ini kami bawakan resepi Donut Panas yang confirm cair di mulut. Anda juga bebas untuk meletakkan topping mengikut kepada selera anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Faiezah Ramsudi dan banyak perkongsian telah diperoleh.

Resepi Donut Panas

donut-panas
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A

  • 300gm tepung gandum-ayak dahulu
  • 20gm gula halus
  • 2sudu besar susu tepung
  • 1/4sudu bread improver
  • 1/2sudu bread softener
  • **1/4sudu GARAM
  • 1biji telur

Bahan B:

  • 100gm air suam
  • 5gm yis kering-mauripan
  • 10gm gula halus

Bahan C:

  • 30gm marjerin bunga mas/pelangi/buttercup

Cara – caranya:

1. Satukan bahan B dalam cawan tinggi/bersesuaian pastu kacau rata & biar ia mengembang (berbuih 2) dahulu.
2. Satukan bahan A dalam mangkuk steel/besen/bekas yang sesuai kecuali GARAM. Gaul bagi rata semua, baru masuk garam.
3. Masuk pula bahan C gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti.
4. Masuk pula bahan B yang telah naik mengembang tadi. Tuang sikit2 sambil diuli ke dalam campuran tepung tadi. Uli sampai doh tak melekat di bekas. Jika masih melekat tambah sedikit tepung gandum sahaja. *Jangan terlalu banyak.
5. Uli sampai adunan nampak licin. Bentukkan bulat besar. Kalau rasa susah nak uli dalam bekas tadi. Boleh keluarkan adunan dan uli diatas silicon mat.
6. Tutup adunan doh dgn cling wrap. Biar adunan sampai doh naik dalam 30minit. ***Untuk proses yang cepat, guna mangkuk steel dan letak diluar rumah & terkena pancaran matahari. Pasti kan adunan ditutup dengan cling wrap supaya doh tak kering. ** Untuk proses ini juga jika cuaca sejuk/hujan doh agak lambat sikit naik.
7. Bila doh dah naik tumbuk2 kan adunan.
8. Keluarkan doh tadi ke atas silicon mat. Letak sedikit shortening pada silicon mat supaya tak melekat.
9. Timbang doh 50gm sampai habis doh tadi. Dapat 10 biji.
10. Rounding doh jadikan bentuk bulat.
11. Letak doh yang dah siap di Rounding ke dalam dulang yang telah di ayak tepung terlebih dahulu supaya doh tidak melekat.
12. Biar doh naik lagi dalam 20-25 minit macam tu.
13. Bila sudah naik panaskan minyak yang secukupnya. Semasa proses penggorengan pastikan api tidak terlalu besar & tidak terlalu kecil. Dan pastikan minyak sudah cukup panas.
14. Bila donut bahagian bawah sudah kuning keemasan, baru boleh diterbalikkan. Tunggu sehingga bahagian atas tadi pula masak seperti bahagian bawah tadi.
15. Bila sudah masak, angkat donut, toskan terlebih dahulu dalam penapis. Baru diletak/susun ke dalam dulang yang telah diletak tisu dapur terlebih dahulu.
16. Boleh gaul dgn gula, celup coklat ganache dan lain2. Ikut kreativiti masing – masing ye.
17. Sedia dinikmati, selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *