Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Kari Udang (Pedas Menyelerakan!)

author name

Sambal Kari Udang merupakan salah satu hidangan yang amat sesuai buat makan tengahari ataupun mala. Sekiranya anda kebuntuan idea untuk masak apa hari ini, bolehlah anda mencuba resepi sambal kari udang ini.

Bahan – bahan buat sambal kari udang ini mudah untuk didapati dan rasanya juga lazat. Ianya sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan juga digemari ramai!

Resepi ini dikongsikan oleh Sistar Zu dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita lihat!

Resepi Sambal Kari Udang

sambal-kari-udang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 2 tangkai lada merah di hiris
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 1 biji tomato dipotong panjang
  • 2 kpg asam gelugor
  • 1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
  • 1 pelepah daun kari
  • Sedikit air
  • Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara – cara memasak:

  1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
  2. Tumis daun kari. Masukkan bahan – bahan yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan kari dari hangus.
  3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
  4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
  5. Gaul rata dan boleh diangkat. Sedap di makan dengan nasi panas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *