Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie Kalau Makan Teringat – Ingat

author name

📄

Selalunya, kalau kita makan brownies, ianya dihidangkan dalam saiz yang telah dipotong. Namun begitu, tahukah anda ada cara lebih mudah untuk menyediakan brownies, ianya juga dijamin lebih cepat dan lebih mudah dibawa kemana sahaja. Ianya adalah dengan menjadikannya kek cawan coklat brownies!

Kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Resepi ini lebih sedap, lebih mudah dan juga resepi ini pernah tular beberapa ketika. Bahan – bahan untuk menghasilkan resepi ini mudah untuk didapati. Anda boleh mendapatinya di pasaraya ataupun kedai barangan kek sekitar anda. Brownies juga sesuai dihidangkan untuk semua. Oleh itu, bolehlah anda hidangkan kek cawan coklat brownies ini kepada anak – anak anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Amirah Azman dan mendapat banyak perkongsian di media sosial tau! Mari kita lihat!

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie

cupcake-brownies
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 110 g tepung kek
  • 3 sudu serbuk dark koko

Bahan B:

  • 3 biji telur
  • 150g gula perang
  • 1 sudu esen vanilla

Bahan C:

  • 450g coklat masakan
  • 150g butter

Cara – cara memasak:

  1. Ayak bahan A, ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga kembang.
  3. Cairkan bahan C dengan menggunakan teknik double boil.
  4. Campurkan bahan C ke dalam bahan B, dan gaul secara perlahan-lahan.
    Tips : pastikan bahan C dalam keadaan panas semasa dicampurkan ke dalam bahan B. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kedutan yang cantik.
  5. Masukkan bahan A ke dalam campuran tadi. Masuk sikit-sikit, kemudian gaul-gaul sampai sebati.
  6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu 190 celcius selama 5 minit.

Cara – cara membakar:

  1. Gunakan paper cup (bukan saiz kuih raya!)
  2. Tuangkan brownies ke dalam paper cup, tinggalkan suku daripada paper cup.
  3. Apabila ketuhar sudah panas, masakkan brownies dengan suhu 190C selama 10 minit.
  4. Setelah siap, turunkan suhu kepada 160C selama 30 minit.
    Nota: Tujuannya adalah suhu yang pertama menghasilkan kedutan yang cantik merekah.
  5. Apabila brownies sudah masak, matikan ketuhar dan biarkan brownies duduk sebentar di dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.
  6. Siap!
cupcake brownies 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *