Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mix Nut Florentine Biskut Kayangan Senang Giler

author name

📄

 Resipi kali ini merupakan resipi biskut raya yang mulai popular sejak kebelakangan ini. Pada asalnya penggunaannya adalah sedikit rumit kerana ia menggunakan putih telur, namun begitu dengan teknologi sekarang cara menyediakan ia menjadi sangatlah mudah. Iaitu dengan cara mencampurkan kacang-kacang yang telah dibakar bersama dengan serbuk floratine dan boleh dapati di kedai yang menyediakan bekalan barang-barang bakeri kemudian dibakar selama 25 minit dengan suhu 160°C. 

Jadi tidak hairanlah jika kacang ini sangat digemari kerana keenakan kacang-kacang yang terdapat di dalam resipi ini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 250g tepung florentine
  • 200g Almond slice
  • 250g sunflowr seed
  • 250g pumpkin seed
  • 50g bijan hitam
  • 50g bijan putih

Kaedah

  • Mula bakar atau goreng tanpa minyak segala jenis kacang-kacang.
  • Sejukkan.
  • Campurkan semua jenis kacang dengan tepung florentine.
  • Kemudian tabur atas loyang yang telah dilapisi kertas minyak.
  • Ratakan agar nipis, sekadar menutupi permukaan kertas minyak sahaja.
  • Bakar 20-25min pada suhu 160c
  • Keluarkan dan segera potong menjadi petak-petak kecil.
  • Anda boleh juga guna bekas kertas cupcake yang mempunyai permukaan plastik didalamnya.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.
  • Siap!

Cara penyediaan biskut dialam resepi ini hanyalah dengan cara tabur diatas dulang dan potong sebelum ia keras, kerana ia lebih mudah. Namun jika anda ingin menghasilkan biskut yang bulat atau sama dengan saiz anda bolehlah menggunakan bekas cupcake yang mempunyai lapisan berlilin didalamnya. Ia lebih sesuai dijadikan jualan. Apapun jangan lupa untuk mencuba resepi kerana ia pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.