Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Hailam (Confirm Menyelerakan!)

author name

📄

Mee hailam adalah sejenis masakan Cina yang telah lama mendapat tempat di kalangan orang Malaysia yang terkenal dengan keharmonian pelbagai bangsa. Mee hailam diperbuat dari mee kuning yang dimasak bersama kuah kicap dan sulah. Pembuatannya amat mudah, ia hanya mengambil masa yang singkat untuk membuatnya.

Oleh itu tidak hairanlah ia menjadi pilihan untuk dihidangkan sebagai menu minum pagi atau petang. Jika anda suka pada rasa hangat anda boleh tambah lada hitam, namun rasa yang original sekadar menggunakan lada sulah. Jadi tepuk dada tanyalah selera.

Resepi ini dikongsikan oleh Qiqi dan mendapat ratusan shares dan mencecah seribu likes!

Resepi Mee Hailam

mee-hailam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Mee Kuning 1 pek

Bahan rencah:

  • 1 mangkuk kecil udang/ayam/sotong/daging
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Bancuhan air tepung jagung
  • Sawi
  • Halia
  • Bawang putih

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih, goreng ayam, daging atau rencah pilihan anda Kemudian masukkan air rebusan daging atau gunakan kuib daging.
  2. Masukkan sekali kicap bersama lada sulah dan lada hitam.
  3. Apabila kuah telah mengelegak masukkan mee kuning dan masak sebentar sehingga mee masak.
  4. Masukkan sayur sawi dan biarkan sehingga sayur sawi masak.
  5. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung.
  6. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *