Kambing Grill merupakan juadah yang sangat popular dihidangkan pada makan malam. Ianya merupakan hidangan yang sangat mudah semudah satu dua tiga. Ini kerana cara – caranya yang ringkas untuk disediakan serta proses pembuatannya juga mudah. Kambing grill juga sesuai dihidangkan oleh para amatur. Ianya juga sesuai buat pengamal Keto diet serta sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan.
Resepi perapan kambing ini hanya menggunakan sos lada hitam dan bawang putih sebagai bahan perapan. Walaupun bahannya ringkas, jangan risau! Rasanya masih kekal lazat seperti di restoran. Kami juga bawakan sos lada hitam yang sangat lazat bagi melengkapkan hidangan kambing perap ini. Gabungan kedua – dua ini menghasilkan kombinasi yang sangat lazat dan menyelerakan.
Resepi ini dikongsikan oleh Farmiza Masur dan mendapat banyak komen positif di media sosial. Jom kita tengok resepi ini!
Resepi Perap Kambing
Bahan – bahan:
Kambing perap:
- 2 kg kambing
- 1 paket sos lada hitam
- 1 labu bawang putih (1/2 didadu, 1/2 dikisar dengan sos lada hitam)
Sos lada hitam:
- 1 tin sos carbonara berkrim
- 2 biji kentang rebus dihancurkan
- Susu penuh krim disukat sama 1 tin
- 3/4 sudu besar lada hitam (dikisar kering)
- 3 biji bawang putih didadu
- 2 sudu butter
- Kicap manis
- Garam
Cara – cara memasak:
Kambing perap:
- Basuhkan kambing dan biarkan ianya kering.
- Bawang putih yang telah didadu dan dikisar dimasukkan bersama kedalam sos lada hitam.
- Masukkan kambing dan celup kedalam sos.
- Perapkan selama dua hari.
Sos lada hitam:
- Butter dipanaskan sehingga cair dan masukkan bawang putih.
- Masukkan sos carbonara dan susu derta kentang yang dilenyek.
- Pastikan anda sentiasa menggaul supaya tidak hangus.
- Masukkan lada hitam dan kicap mengikut warna yang anda sukai dan garam secukup rasa.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply