Resepi kali ini merupakan satu resipi viral dan digemari kerana keenakannya dan penyediaannya juga amat ringkas. Meatball cabonara di sediakan menggunakan meatball yang lazimnya dibeli di super market.. Kemudian meatball ini dimasak bersama bawang dan juga lada capsicum. Kemudian ia dibakar bersama sos Prego carbonara, sebelum ia dibakar cheese akan ditaburi di bahagian atas.
Gunakan cheese mozarella untuk memberi efek tarik Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan ia.
Bahan-bahan
- Bebola daging/ayam
- 1 tin sos preego carbonara mushroom (tin biru)
- 1/2 cawan fresh milk
- 1 biji bawang holland(potong dadu)
- 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu)
- Sedikit blackpepper(tumbuk kasar2)
- Mozarella cheese/cheese slice pon boleh
Kaedah
- Goreng bebola daging guna sedikit olive oil
- 1biji bawang holland dan 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu).
- Boleh juga digoreng sekali dengan meatball tadi. Ketepikan.
- Masukkan meatball, bawang dan capsicum tadi dlm bekas aluminium foil
- Dalam pan lain, masukkan satu tin sos carbonara mushroom.
- Masak sehingga mendidih. Masukkan 1/2 cawan fresh milk dan blackpper.
- Tutup api.
- Tuangkan sos carbonara sehingga menutupi meatball
- Tabur cheese.
- Bakar 10-15minit pada suhu 170°c.
- Siap!
Menu ini boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja. Lazimnya ia dijadikan sebagai hidangan pembuka selera. Namun begitu ia juga sesuai dimakan ketika menonton filem diTV bersama keluarga. Diharap anda sudi untuk mencuba resepi ini selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply