Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Souffle Pancake Cheese Leleh Gebus Gebas

author name

Resepi kali ini merupakan resepi pankek yang amat popular dan digemari oleh ramai orang. Souffle pankek ini popular di negara Jepun. Ia adalah pankek yang disediakan menggunakan teknik seperti membuat kek chiffon di mana ia lebih gebu dan lembut. Teknik pembuatannya tidak banyak berbeza dimana kuning telur dan juga putih telur dipukul secara berasingan. Kemudian kedua  bahan digabung dengan menggunakan teknik kaup balik yang menjadikan adunan tersebut lebih gebu, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 2 biji kuning telur
  • 4 tbsp susu
  • ¼ + ¼ lagi cawan tepung gandum 
  • ½ tsp baking powder

B

  • 2 biji putih telur
  • 3 tbsp gula halus
  • 1 tsp jus lemon

Kaedah

  • Mula-mula campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati.
  • Kemudian secara berasingan pukul bahan B hingga ia kaku dan berkilat.
  • Kaup balik kedua bahan hingga sebati dan gebu.
  • Adunan mestilah berlipat-lipat.
  • Dalam kuali sapukan dengan sedikit minyak.
  • Guna piping bag isi adunan tadi agar mudah untuk mendapatkan bentuk bulat.
  • Renjis sedikit air agar pancake tidak hangit.
  • Tutup kuali dengan peralatan yang sesuai agar bahagian dalam pancake masak.
  • Alih dan ulang hingga semua adunan habis.

Bahan-bahan cheese leleh

  • Cream cheese 250g
  • Susu manis 2 tbsp
  • Whip cream 100ml
  • Susu ( ikut tahap cair kita suka)

Kaedah

  • Mula-mula pukul cream hingga kental dan masukkan cream cheese dan pukul lagi.
  • Masukkan susu manis dan pukul hingga pekat
  • Tambah susu sedikit demi sedikit hingga mendapat cair yang kita suka.
  • Siap!

Penyediaan pancake cheese leleh

  • Atur pancake secara bertingkat (untuk seorg makan biasanya 2 keping) dan kemudian tuang cheese leleh tadi. 
  • Nak tambah coklat ganache pun boleh.
  • Siap! 

Oleh kerana keenakan pankek ia menjadi kegemaran ramai dan mulai popular di negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia. Malah pankek ini banyak dijual di tepi jalan terutamanya di negara Indonesia. Di mana ianya dibuat dan di sediakan secara berhadapan dengan pelanggan. Pankek ini amat sedap dimakan bersama dengan cheese ataupun krim . Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.