Resepi kali ini pernah menjadi viral malah hingga kini masih digemari ramai terutama dikalangan kanak-kanak. Puding ini sangat mudah untuk disediakan manakala bahan-bahan yang digunakan juga ringkas dan ia tidak perlu dibakar atau kukus. Kos untuk menyediakan puding ini juga agak murah jadi ia amat sesuai dijadikan hidangan semasa jamuan terutama jamuan disekolah. Puding tutti fruity ini ialah puding kastad yang mana ia dihidangkan dalam mangkuk dadih yang telah disapu dengan inti blueberi dan strawberi dibahagian tepinya. Oleh kerana itu ia mempunyai rasa yang kurang manis namun rasa puding kastad menjadi sangat sebati. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Agar-agar tali 20g
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- ¾ tin susu pekat
- 3 tbsp tepung kastad
- 1 tsp esen vanila
- Inti Strawberi
- Inti blueberi
Kaedah
- Mula-mula sapu inti strawberi dan blueberi pada mangkuk didih dibahagian tepi. Asingkan.
- Dalam periuk masak agar-agar tali bersama air hingga agar-agar larut.
- Tambah susu cair,susu pekat, esen vanila dan tepung kastad.
- Masak hingga bahan ini menggelegak dan tutup api.
- Tapis dan biarkan sedikit suam.
- Tuang dalam mangkuk telah disediakan.
- Biarkan sejuk sebelum dinikmati.
- Siap!
Untuk inti blueberi atau strawberi anda boleh dapatkan ia dikedai yang membekalkan barang membuat kek kerana ianya lebih murah. Manakala beli bekas dadih juga dikedai membuat kek kerana ia jauh lebih murah dan menguntungkan bila beli dengan banyak. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.