Resepi kali ini merupakan resepi ayam rangup yang dimasak bersama bijan. Ianya amat sedap khusus buat peminat ayam yang gemar apa sahaja jenis masakan asalkan ianya ayam!
Masakan kali ini menggunakan teknik deep fried dimana ayam digaul dengan tepung jagung ataupun seperti saya dimana saya menggunakan tepung goreng bestari sahaja. Kemudian ayam digoreng dengan minyak yang panas dan cukup banyak hingga ia dapat digoreng tenggelam. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan -bahannya.
Bahan-bahan
- Isi ayam atau bahagian kesukaan anda (potong kecil)
Bahan perapan
- Kicap cair
- Minyak bijan
- Gula
- Lada sulah
- Sedikit tepung jagung
Bahan sos
- Kicap cair
- Minyak bijan
- Gula
- Sos Korea
- Sos sriracha
- Madu
- Bijan putih
Kaedah
- Bersihkan ayam dan perap dengan semua bahan perapan.
- Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas.
- Sementara itu campurkan semua bahan sos dalam 1 bekas.
- Panaskan minyak dan tuang dalam sos tadi kacau rata.
- Kemudian gaul ayam bersama sos tadi.
- Sediakan untuk dihidangkan.
- Siap
Masakan seperti ini boleh dimakan begitu sahaja dibuat ratah tetapi jika anda suka boleh juga makan dengan nasi ataupun ramen. Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.