Resipi ini merupakan resipi jeruk sayur yang sangat mudah untuk disediakan. Ia sebenarnya berasal daripada Jerman dan diberi nama sauerkraut. Ini adalah satu jenis hidangan yang menjadi identiti masakan mereka, jeruk ini bukan sahaja sedap tetapi juga sangat tinggi khasiat seperti tinggi serat,mineral dan vitamin. Tetapi paling bagus dengan sauerkraut ini ia mengandungi probiotik iaitu sejenis bakteria yang baik untuk usus perut. Menariknya bahan yang digunakan dalam resepi ini hanyalah 3 bahan utama iaitu kobis,garam dan sedikit jintan kasar. Baiklah berikut adalah bahan-bahannya dan cara penyediaan sauerkraut ini.
Bahan-bahan
- Kobis putih/kobis bulat
- Garam himalaya
- Jintan kasar
- Botol kedap udara
Kaedah
- Bersihkan kobis,tus dan hiris kasar.
- Masukkan kobis dalam mangkuk besar kemudian tabur garam sedikit.
- Garam tak perlu banyak kalau tak suka masin.
- Kemudian ramas kobis hingga ia mengeluarkan air.
- Tambah jintan kasar tetapi sikit je jika anda tak suka rasanya.
- Bila dan siap ramas boleh pindahkan kedalam botol kedap udara.
- Masukkan padat-padat hingga airnya lebih tinggi dari kobis.
- Tekan dengan kobis dibahagian atas dan simpan sehari dua hingga ia menjadi jeruk.
- Siap!
Sauerkraut sedap diratah atau jika anda suka makan ia dengan nasi, ada juga orang jadikan ia sebagai inti sandwich. Untuk tahan lama simpan sauerkraut ini dalam petiais ia tahan beberapa bulan. Cubalah jeruk ini terutama jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai diabetes kerana khasiatnya dan rasanya yang sedap. Selain dari kobis bulat atau kobis putih anda boleh juga menggunakan kobis cina. Kobis ungu juga menarik kerana warnanya yang ungu tampak sangat menyelerakan.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.