Resepi kali ini merupakan cara mudah untuk menyediakan ikan bakar. Perkongsian kali saya menggunakan pes ikan bakar dari jenama adabi. Ikan yang saya gunakan pula hanyalah ikan pelaling. Ikan pelaling kelihatan seperti ikan kembung namun sedikit kecil dan rasanya digemari kami sekeluarga.
Baiklah bagi anda yang ingin menyediakan sesuatu yang mudah dan cepat boleh mencuba sendiri dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Ikan pelaling 3-4 ekor
- 1 pek pes ikan bakar adabi
- Daun pisang
Kaedah
- Bersihkan ikan dan kelar bahagian badannya.
- Lumur dengan pes ikan bakar.
- Masukkan dalam daun pisang dan gulung.
- Bakar dengan air fryer anggaran masa 20 min.
- Hidangkan dengan air asam.
- Siap!
Sebenarnya bahan yang digunakan dalam pes ini amat mudah jika hendak disediakan sendiri. Namun bagi mempercepatkan masa untuk hidangan disediakan terutama bila hendak disediakan sebagai makan malam pengunaan pes amatlah berbaloi untuk dicuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.