Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kunafa Tersempoi Ala-ala Arab Pakai Bahan Paling Minima

author name

📄

Resepi kali ini ialah sejenis manisan yang berasal daripada negara Arab yang mulai popular dinegara kita sejak kebelakangan ini.Kunafah diperbuat daripada sejenis pastry yang istimewa yang berasal dari Arab ianya mempunyai rupa seperti bihun dan rangup apabila dibakar. Dalam penyediaan manisan ini kunafa ini diisi dengan keju dan kacang pstachio kemudian sebelum dihidang ianya akan dicurah dengan air gula.

Oleh kerana bahan-bahan masakan ia mudah didapati secara online maka anda sebenarnya boleh sediakan sendiri resepi ini. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Pastri kunafa (boleh beli secara online)
  • Butter (cairkan)
  • Mozarella cheese
  • Air gula ( bancuh 1 bahagian gula bersama 1 bahagian air, masak hingga mendidih dan sejukkan)

Kaedah

  • Mula masukkan pastri kunafa didalam bekas yang sesuai dan gaul bersama butter yang telah dicairkan.
  • Masukkan kunafa pastri didalam bekas yang cukup besar mengikut jumlah yang anda perlukan.
  • Selepas itu taburkan cheese mozarella yang telah disangat hingga menutupi kunafa tadi.
  • Tambah lagi pastri kunafa dan padatkan ia.
  • Bakar 20 minit pada suhu 180c atau hingga ia perang keemasan.
  • Sebelum dihidang tuang air gula dan taburkan kacang pistachio jika anda suka.
  • Siap!
  • * jumlah dan sukatan bergantung pada selera anda, hanya anggarkan air gula mengikut kemanisan yang anda suka.

Untuk sirap anda boleh menggunakan air gula yang biasa kita buat namun jika ingin sesuatu yang lebih asli gunakanlah sedikit air mawar untuk memberi masakan Arab tersebut. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.